Hi! Welcome Back and Stay Tune! 10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 10 lelaki termasuk yang bersenjatakan tukul besi, merompak sebuah kedai emas dan melarikan barang kemas bernilai lebih RM1.5 juta dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Taman Segar, Cheras, di sini malam ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ismadi Borhan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi, kesemua suspek memakai topi keledar bertutup penuh serta bersarung tangan dan bersenjatakan tukul besi sewaktu melakukan rompakan.

Menurutnya, ketika kejadian seramai lima pekerja termasuk pengawal keselamatan berada di premis itu.

"Siasatan awal mendapati lima daripada lelaki itu meluru masuk ke premis berkenaan dan memecahkan cermin pameran...manakala lima lagi anggota kumpulan itu menunggu di luar dengan menaiki beberapa motosikal jenis Yamaha 125Z.

"Suspek mengambil masa hanya tiga minit bagi melarikan kesemua barang rompakan...kesemua mereka dianggarkan berusia lingkungan 20-an," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Ismadi berkata setakat ini pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam premis berkenaan bagi siasatan lanjut.

"Selain itu, pemeriksaan pasukan Forensik turut menemui beberapa bahan bukti seperti puntung rokok yang boleh dikaitkan dalam kes ini.

"Menurut saksi, terdapat bunyi letupan ketika kejadian, bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur senjata api digunakan dan bunyi berkenaan berkemungkinan berpunca daripada pukulan suspek memecahkan cermin pameran," katanya.

Beliau berkata gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan.

-- BERNAMA



Sumber 10 lelaki bawa lari barang kemas RM1.5 juta

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DGA0lr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.