Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pra-Tempahan ASUS ROG GX501V Zephyrus Dengan GTX 1070 Max-Q Dibuka Pada Harga RM11,999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pra-Tempahan ASUS ROG GX501V Zephyrus Dengan GTX 1070 Max-Q Dibuka Pada Harga RM11,999

Penghujung tahun biasanya bererti musim cuti untuk orang ramai di serata dunia, dan juga waktu apabila ramai orang akan menerima gaji bonus yang boleh dibelanjakan dan disimpan untuk pelbagai perkara.

Jika anda sedang menyimpan untuk membeli sebuah komputer ataupun laptop gaming yang baru, kami baru-baru ini menemui halaman pra-tempah untuk sebuah laptop gaming daripada ASUS, iaitu ASUS ROG GX501V Zephyrus.

Laptop ASUS ROG Zephyrus ini bukanlah peranti yang baru, tetapi kali ini, laptop yang cukup istimewa ini hadir dengan pilihan kad grafik yang baru, iaitu NVIDIA GeForce GTX 1070 Max-Q. 

Dari segi spesifikasi, laptop ini hadir dengan CPU Intel Core i7-7700HQ, memori DDR4 sebanyak 16GB, storan PCIe SSD sebesar 512GB dan juga storan cakera keras sebesar 1TB. Sama seperti laptop ROG Zephyrus sebelum ini, model terbaru ini juga hadir dengan paparan Full HD bersaiz 15.6 inci, kadar segar semula 120Hz dan juga sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC.

Buat masa ini, laptop ASUS ROG Zephyrus GX501V ini boleh dipra-tempah di kedai atas-talian Lazada pada harga RM11999. Menurut pihak ASUS Malaysia, model Zephyrus yang baru ini bakal memasuki pasaran tempatan pada bulan Januari kelak.

Pra-tempah ASUS ROG Zephyrus GX501V di Lazada



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cj0hqt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.