Hi! Welcome Back and Stay Tune! PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan

SEGAMAT: Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu lebih prihatin dan memberi penekanan kepada mutu dan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat dengan lebih berkesan,

Beliau berkata tugas PBT sebagai sebuah kerajaan tempatan telah berkembang dan menjadi lebih besar dalam menghadapi cabaran alaf baharu abad ke-21 ini.

"Desakan dan keperluan untuk PBT berubah didorong oleh saiz masyarakat yang kian bertambah menyebabkan berlaku peningkatan dari segi masalah, keperluan dan isu yang perlu diselesaikan," katanya ketika berucap pada Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Segamat di Dataran Segamat, di sini pada Ahad.

Majlis Perbandaran Segamat sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Segamat.

Beliau berkata selain itu juga peningkatan jumlah masyarakat majmuk kepada saiz yang lebih besar menjadikan keperluan masyarakat semasa jauh berbeza daripada 10 atau 20 tahun dahulu.

Mohamed Khaled berkata pentadbiran beliau mengambil serius mengenai kualiti perkhidmatan yang disampaikan oleh PBT dan mahukan institusi ini menjadi entiti yuang dipacu oleh prestasi.

Turut hadir pada majlis malam ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

--BERNAMA



Sumber PBT perlu tekankan mutu dan kualiti perkhidmatan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Czg0lz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.