Boleh jual daging buaya asalkan berlesen
Serian: Isu penjualan daging buaya di Pasar Serian di sini, yang tular di media sosial baru-baru ini, tidak melanggar undang-undang sebaliknya penjual daging berkenaan memiliki lesen penjualan yang sah daripada pihak berkuasa di negeri ini.
Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, pihaknya sudah bertemu dengan penjual daging buaya berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tindakannya menjual daging haiwan itu.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Pasukan Tindakan Khas Hidupan Liar (SWAT) SFC berjumpa dengan penjual daging buaya itu Rabu lalu di pasar berkenaan.
“Kami mendapati lelaki berkenaan mematuhi syarat penjualan daging buaya secara sah dan memiliki lesen sah mengikut undang-undang.
“Mengikut peraturan terkini di Sarawak, masyarakat setempat boleh terbabit secara langsung melalui penangkapan buaya, pengumpulan telur, penternakan dan perdagangan, asalkan mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataannya, semalam.
DAGING buaya yang dijual di Pasar Serian tular di media sosial. FOTO IHSAN SFC
Katanya, memandangkan buaya masih antara spesies haiwan yang dilindungi mengikut undang-undang di negeri ini, sebarang penangkapan reptilia itu memerlukan lesen daripada Jabatan Hutan Sarawak.
“Sesiapa yang terbabit secara haram dalam aktiviti penangkapan buaya, pengumpulan telur, penternakan dan perdagangan boleh dikenakan hukuman berat.
“Jika didapati bersalah, seseorang yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh dipenjarakan selama satu tahun dan denda RM10,000,” katanya.-Harian Metro
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DIaYCq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment