Hi! Welcome Back and Stay Tune! Panasonic Memperlihatkan Eksorangka Terbaru Untuk Kegunaan Industri Pembinaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Panasonic Memperlihatkan Eksorangka Terbaru Untuk Kegunaan Industri Pembinaan

Panasonic telah membangunkan teknologi eksorangka sejak 2003. Atoun ialah anak syarikat mereka yang menghasilkan pelbagai kerangka untuk tujuan industri. Mereka telah melancarkan eksorangka baru yang lebih ringan berbanding model-model terdahulu.

Atoun Model Y mempunyai berat 4.4 kilogram dan membantu mengangkat beban menerusi pemasangan pada bahagian pinggang. Dengan eksorangka ini, pekerja industri pembinaan dan rumah orang tua dapat mengangkat beban yang lebih berat dari kemampuan fizikal pemakai tanpa risiko kecederaan tulang belakang.

Harga jualan masih belum diumumkan walaupun pesanan sudah dibuka sejak 21 Disember yang lalu. Pihak Panasonic telah menandatangani memorandum dengan Gammon Contstruction Limited bagi menggunakan 10 eksorangka ini di tapak pembinaan untuk ujian penilaian.

Di Malaysia Atoun Model Y mungkin boleh digunakan di gudang bagi mengelakkan berita pelatih industri mengalami kesakitan tulang belakang kerana terlalu banyak mengangkat kotak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pSymvd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.