Azam Tahun Baru 2018 AmerJaya
Assalammualaikum blogger sekalian dan pembaca dari google. Selamat datang ke teratak blog amerjaya.com (berangan). Lama tak sembang kosong kat blog. Ni aku nak sembang kosong. Seperti biasa setiap tahun setiap orang akan ada new year resolution mereka sendiri. Tak terkecuali diriku. Maafkan jika penggunaan tatabahasa aku jelik ya amat sebab I've lost my art in blogging siak.
Bukan senang nak kumpulkan balik bakat dan kuasa terpendam ini dalam menaip. Dalam kehidupan benar, aku cuba untuk menarik ramai rakan seperjuangan yang gagal mencari kerja untuk aktif dalam dunia blog. Tengok aku melalut. Sebab aku nak dorang gain extra money from blogging. Tapi mereka tak percaya. Lantaklah.
Nampak tak dengan menyimpang sikit aku dah dapat tulis sepanjang ini? Inilah yang GOOGLE nak. Haha. Post yang at least 200 patah perkataan. Tapi aku rasa bersalah pulak sebab terlalu panjang membebel. Ok kita proceed ke azam tahun 2018 aku.
1. Nak Pakai Honda Civic Type R.
Nampak tak azam baru aku terlalu .... ermm... ridiculous and not make sense at all. Tapi itulah kehidupan. Kau cuba lah set target tinggi sikit. At least tak dapat pakai Civic. Pakai city pun jadilah. Tak dapat City? Pakai Bezza pun jadilah. Tapi Ill try my best to have that on my possession.
2. Nak Pakai Iphone X.
Tolonglah tolonglah. Aku bukan tak mampu. Tapi memang tak mampu pun. Bila tengok ramai kawan aku guna X. Aku pun teringin nak pakai. Tapi disebabkan terfikir sejenak akan commitment mendatang. Aku lupakan hasrat aku untuk pakai Iphone X. Tapi kalau ada siapa-2 nak hadiahkan aku iphone X. Memang aku berterima kasih sangat-2. Ala berangan gila aku ni. Tapi takpe, akan aku usahakan kerja lebih tolong basuh pinggan kat kedai ternama ke untuk side pocket beli Iphone X.
3. Lulus INNITY.
Gilalah. Ni macam make sense sikit. Dari tahun 2017 aku berangan nak GANTUNG iklan innity dalam blog. Tapi apakan daya.... Criteria untuk letak iklan Innity Blog kau kena :
40,000 Unique Visitor
200,000 Pageview
10,000 Followers
Ok followers tu aku sembang kencang. Tapi ... dapat tak aku achieve benda ini? Macam mustahil gila. Blogger famous je dapat. Blogger yang muka marketing boleh lah jalan. Macam ni blogger muka sepah tepi jalan hurmmm syarikat pomade negeri raja bersiung pun tak sudi nak beriklan kat blog aku.
Gila aku merepek apa ni siak. Tapi serious aku akan cuba luluskan Innity dalam blog aku.
4. Nak Pakai Domain AMERJAYA.COM
Seriously aku dalam dilemma. Nak tukar ke tidak. Sekarang, blog aku ada tergantung sepinya iklan ADSENSE. So, nak tukar domain aku memang perlu risikokan account ADSENSE aku. So, untuk elak kena reject adsense. Aku lupakan niat aku tukar domain.
Bukan apa, dulu waktu aku bermula dari bawah. Cerita dia macam ni, blog aku dulu pakai domain amercorner.com. Tapi waktu tu aku sengkek gila. Jadi RM30 tu memang banyak bagi aku and tambahan pulak aku tak rajin berblog waktu itu. Tapi sekarang Rm30 tu masih banyak di mata aku but it is worth it to pay rm30 for 1 year domain.
So back to my intention that is I want to follow my Blog Benchmark that is CIKEPAL. Walaupun blog dia terbang tinggi ke langit ke tujuh. But still she's using free domain that's CIKEPAL06.blogspot.com
Walaupun blog aku dan dia macam langit dan udara. jujurnya aku suka masih pada dirinya. Berlagu lah pulak. Tak pelah. Aku teruskan pakai domain amerjaya.blogspot.com
Tapi kalau ada cara untuk tukar domain without affecting my adsense. Aku akan tukar.
5. Nak Berat Badan Maintain 75KG
Yang ini aku kena disiplin kuat. aku kena cut off on consuming too much of fast food. Aku juga kena rajin exercise sebab aku perasan gila diri ku ini memang malas nak bersenam. Amer you better watch out on your diet.
6. Simpan Duit Untuk Sambung PHD
Ok ni gila. Master pun takda nak simpan duit untuk PHD. Apa gila? Aku kena simpan duit sikit untuk beli ...... Iphone X dan bayar Donwpayment Honda Civic Type R.
Aku rasa itu sajalah azam tahun baru aku. Walaupun banyak yang ridiculous and not make sense at all. Tapi itulah kehidupan. Ko buat azam yang masuk akal but yet you still fail to achieve it. Better make a goal that is ridiculous to achieve instead of having an easy goal but you fail to achieve it. Ok grammar berterabuq ada hati nak speaking london.
P/s Kata-kata itu satu doa. Mana tahu tahun 2018 aku menang cabutan bertuah Iphone X? Tak pun, aku dijodohkan dengan anak orang kaya yang memiliki Honda Civic Type R. hmmmmmmmmmmm
Cut the nonsense. Menghitung Hari untuk masuk tahun 2018.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amer Jaya Blog
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CnVDtO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment