Hi! Welcome Back and Stay Tune! UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai

KUALA NERUS: Warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini boleh menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran tunggal untuk semua transaksi di dalam kampus universiti itu.

Langkah itu menjadikan UniSZA kampus tanpa tunai atau 'cashless campus' pertama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UniSZA pada Ahad, langkah itu adalah bagi mencapai matlamat UniSZA untuk menjadi Kampus Tanpa Tunai terunggul lagi inovatif, bermula dengan mentransformasikan semua perkhidmatan di dalam kampus supaya lebih mudah diakses secara digital.

"Pelajar dan kakitangan UniSZA di tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Besut dan Kampus Perubatan (Kuala Terengganu) boleh membuat pembayaran menggunakan eDompet di kedai terpilih tanpa kesulitan pembayaran secara tunai atau kad debit dan kad kredit," menurut kenyataan itu lagi.

Antara kelebihan menggunakan eDompet sebagai kaedah pembayaran adalah aplikasi eDompet ini boleh dimuat turun dengan mudah dari App Store atau Google Play.

"Proses pendaftaran sebagai pengguna adalah sangat mudah dan setelah selesai pendaftaran, pengguna boleh membuat pemindahan atau penambahan wang tunai melalui kad debit, kad kredit Visa dan Mastercard atau melalui perbankan dalam talian.

"Seterusnya pengguna dapat menggunakan eDompet di mana-mana kedai yang mempunyai Kod QR (tertakluk kepada Kod QR yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eDompet di Malaysia)," katanya.

Selain itu, tambah kenyataan itu lagi, pengguna eDompet juga boleh menikmati pelbagai fungsi digital seperti pembelian baucar untuk pembelian secara digital, penambahan kredit untuk talian prabayar, penghantaran wang tunai ke eDompet yang didaftarkan dengan syarikat pengendali eWallet yang sama, pengeluaran wang tunai ke akaun bank.

-- BERNAMA



Sumber UniSZA kampus universiti pertama di pantai timur sedia aplikasi tanpa tunai

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DGAtUJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.