Ozlyn Sahkan Sedang Hamil Anak Kelima.
Pelakon Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio Era, Johan, mengesahkan sedang hamil anak kelima.
Ozlynn ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu mula menyedari perubahan berlaku pada dirinya sejak menyertai pertandingan realiti Super Spontan Superstar (SSS) 2017.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini.
"Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018," katanya.
Ketika ditanya adakah dia tahu mengenai berita kehamilannya yang di keluarkan di sebuah portal gossip sebelum ini, Ozlyn memberitahu, maklum mengenai perkara tersebut.
“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi.
“Namun saya tidak memberi sebarang reaksi atau kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan tentang perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” ujarnya.
Ketika dihubungi Astro Gempak, Ozlyn sedang dalam persiapan untuk bercuti bersama keluarganya di Jepun.
“Yang sebetulnya saya pergi bekerja di sana, tetapi alang-alang saya bawa anak-anak sekali.
“Nak cari hari bercuti agak sukar kerana sibuk dengan penggambaran, jadi saya ‘curi masa’ sikit,” katanya teruja.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DzliNj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment