Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kereta mewah milik Syarikat D'Herbs antara disita dalam Ops Patuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kereta mewah milik Syarikat D'Herbs antara disita dalam Ops Patuh

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta mewah Rolls Royce dipercayai didaftarkan di bawah syarikat D'herbs Holding Sdn Bhd merupakan antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, di sini malam tadi.

Kenderaan itu ditahan kerana memilki Lesen Kenderaan Motor (LKM) (cukai jalan) Sarawak.

Adalah menjadi kesalahan menggunakan kenderaan yang memilki LKM Sarawak atau Sabah, di Semenanjung.

Dalam operasi yang bermula kira-kira 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan disewa oleh seorang lelaki warganegara Australia sebelum disita.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata kenderaan itu menggunakan LKM Sarawak dengan bayaran kira-kira RM5,000 berbanding kira-kira RM20,000 di Semenanjung

Bercakap kepada pemberita selepas Ops Patuh di sini, Wan Ahmad Uzir berkata operasi berkenaan turut melibatkan Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 170 orang.

Dalam pada itu, seramai 65 warga asing dari pelbagai negara termasuk Indonesia, Pakistan dan Australia ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa.

-- BERNAMA



Sumber Kereta mewah milik Syarikat D'Herbs antara disita dalam Ops Patuh

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DHYJ9h

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.