Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pra-tempah ASUS ROG G703V Dibuka – Laptop Gaming Berkuasa Dengan GTX 1080 Pada Harga RM19999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pra-tempah ASUS ROG G703V Dibuka – Laptop Gaming Berkuasa Dengan GTX 1080 Pada Harga RM19999

Selain daripada laptop ASUS ROG Zephyrus terbaru yang hadir dengan kad grafik GTX 1070, ASUS juga dilihat membuka halaman pra-tempah untuk sebuah lagi laptop yang amat berkuasa, dan dilihat setanding dengan banyak desktop yang berkali ganda lebih besar darinya.

Laptop ini ialah ASUS ROG G703V dan ia sebuah laptop yang mempunyai spesifikasi yang cukup menggiurkan sekali. Cip pemprosesan yang digunakan ialah Intel Core i7-7820HK, memori DDR4 sebanyak 32GB, storan SSD PCIe 512GB dan juga storan cakera keras sebesar 1TB.

Dari segi grafik pula, laptop ROG G703V ini hadir dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 bersaiz penuh. Kad grafik ini menguasakan paparan bersaiz 17.3 inci dengan resolusi 4K (3840X2160). yang juga mempunyai kadar segar semula 144Hz dan juga sokongan teknologi paparan NVIDIA GSYNC.

Apa yang menarik lagi ialah laptop seberat 4.8kg ini hadir dengan modul WiFi untuk pengawal permainan Xbox yang terbina didalamnya.

Sama seperti laptop ASUS ROG Zephyrus, laptop ASUS ROG G703V ini boleh dipra-tempah di kedai atas-talian Lazada untuk harga RM19999. Menurut pihak ASUS Malaysia lagi, laptop ini juga dikatakan akan hadir di pasaran tempatan pada bulan Januari kelak.

Pra-tempah laptop ASUS ROG G703V di Lazada



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ChRbg3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.