Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bangga St Thomas, bukan agungkan gereja, kata bekas murid - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bangga St Thomas, bukan agungkan gereja, kata bekas murid

Sekolah ini akan dipindahkan dari kawasan Gereja St Thomas ke kawasan baharu dan dinamakan Sekolah Mahkota Abdullah. ― Paparan skrin GoogleSekolah ini akan dipindahkan dari kawasan Gereja St Thomas ke kawasan baharu dan dinamakan Sekolah Mahkota Abdullah. ― Paparan skrin GoogleKUANTAN, 31 Dis ― Bekas pelajar dan tenaga pengajar Sekolah St Thomas di sini, merayu agar nama sekolah mereka dikekalkan walaupun dipindahkan ke tapak baharu di Kemunting di sini, tidak lama lagi.

Pengerusi jawatankuasa ‘Save St Thomas’ Abdul Rahman Abdul Razak, 56, berkata mereka telah mula mengumpul tandatangan bekas pelajar dan guru menerusi petisyen yang dilancarkan dalam talian berhubung perkara itu.

Katanya setakat ini sebanyak 27,000 tandatangan berjaya dikumpulkan sejak dilancarkan dua bulan lalu.

“Sekolah ini mula beroperasi pada 1950 dan kami berpendapat jika nama baharu diberikan, ia akan menghilangkan identiti dan sejarah St Thomas, khususnya kepada bekas pelajar yang mahu berkongsi cerita dengan anak cucu pada masa depan.

“Kami bukannya mengagung-agungkan gereja tetapi inilah tempat kami belajar menyebabkan kami merayu pihak berkaitan untuk mengekalkan namanya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya antara bekas pelajar sekolah itu ialah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah serta beberapa kerabat diraja lagi.

Prestasi sekolah yang cemerlang menjadikan St Thomas pilihan ibu bapa, kata Rahman yang merupakan bekas murid sekolah berkenaan.

Isu nama sekolah yang diasaskan oleh Reverend Father Louis Guittat itu bermula apabila kerajaan negeri menyatakan sekolah tersebut akan dipindahkan dari kawasan Gereja St Thomas ke kawasan baharu dan dinamakan Sekolah  Mahkota Abdullah.

Pemindahan sekolah rendah dan menengah bantuan penuh kerajaan tersebut adalah susulan pertikaian mengenai tanah yang menempatkan kedua-dua sekolah berkenaan di antara pihak gereja dan kerajaan negeri sebelum ini.

Pembinaan kompleks di Kemunting bagi menempatkan kedua-dua sekolah itu dijangka bermula tahun depan. ― Bernama



Sumber Bangga St Thomas, bukan agungkan gereja, kata bekas murid

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DHKelK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.