"Apapun Terjadi Abah Sayang Anak-Anak Sampai Nafas Terakhir" - Status Yang Dimuat Naik Oleh Zul 2by2 Jadi Tanda Tanya..
Status terbaharu komposer, Zul 2by2 seolah-olah menjadi tanda tanya apabila dia meluahkan rasa sayangnya terhadap lima orang anaknya di media sosial lapor Astro Gempak.
Menerusi entri di Instagram (IG), Zul telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya dengan kapsyen yang penuh tanda tanya.
"Kau mawarku, juwita kalbu. Inilah rangkai nyawa ku. Lampu hati Beta. Mereka adalah segalanya dan apapun terjadi Abah sayang anak-anak Abah sampai nafas terakhir. Sayang mereka semua," tulisnya.
Rata-rata peminat mendoakan agar Zul tabah menempuhi dugaan ini dan berharap supaya dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.
"@are_inn: Moga segalanya baik-baik saje. Moga kekal hubungan kasih sayang smpai bila-bila. Amin."
"@kamacaliff: Alhamdulillah Zul. Keep steady ya. Kita doa yang baik-baik."
"@haaaii02_: Semoga keluarga ini bersatu lagi seperti biasa. Amin".
Sebelum ini timbul khabar angin kononnya rumah tangga penyanyi Isma (AF7) dan komposer Zul 2 By 2 sedang berhadapan masalah.
Berita kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain dan ia dinafikan oleh komposer tersebut.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.
Foto: @Zul2by2
Sumber: Astro Gempak.
Foto: @Zul2by2
Sumber: Astro Gempak.
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BypbAC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment