Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bimbang Kalah Teruk, PH Seru Jangan Boikot PRU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bimbang Kalah Teruk, PH Seru Jangan Boikot PRU




BAKAL TEWAS… Selama ini semua maklum taktik kotor pembangkang hasut rakyat memboikot setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU) konon Barisan Nasional (BN) memang akan menang juga!
Namun kali ini Pakatan Harapan (PH) terpaksa merayu penyokong mereka sendiri untuk tidak memulaukan PRU ke-14 akan datang sambil menyatakan kebimbangan terhadap tindakan pengundi muda tidak suka mengundi.

Perkara pelik tersebut disuarakan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sidang media khas di Putrajaya lewat Selasa dengan menyifatkan tindakan itu hanya akan memberi keuntungan besar kepada pihak BN sahaja.

Malah beliau dalam masa yang sama turut membuat tuduhan bahawa pihak yang boikot itu konon adalah orang UMNO sendiri sebagai strategi bagi mempengaruhi penyokong PH agar tidak keluar mengundi pada PRU nanti.

“Ada segelintir orang yang membuat promosi boikot pilihan raya, kebanyakan mereka ini datang daripada orang UMNO, kononnya tak ada beza antara PH dengan Najib. Kemudian jangan ambil bahagian, rosakkan kertas undi.

“Masalahnya UMNO hendak cari kemenangan dengan banyak cara dan tipu helah yang mereka akan gunakan,” dakwa tokoh berusia 92 tahun itu yang jelas menggambarkan PH sebenarnya bakal kalah teruk pada PRU-14 kelak.

Mahathir berkata demikian sebagai merujuk kepada kempen agresif pihak tertentu menerusi media sosial tempatan yang mengajak ramai pengundi supaya memboikot PRU atau juga membuat undi rosak sebagai tanda protes.

Difahamkan tukang kempen anti kepada PRU ke-14 ini yang sebenarnya terdiri dari kalangan penyokong PH memulakan wacana serta menyebarkan mesej dengan tanda pagar #UndiRosak atau #SpoiltVote dan #ProtesPRU.

Pengikut kempen undi rosak itu mendakwa tindakan mereka konon bertujuan untuk menunjukkan kehampaan majoriti rakyat terhadap dua gabungan utama parti politik Malaysia iaitu BN dan lawannya PH sendiri.

Pilihan PH menamakan Mahathir yang pernah dikutuk mereka sebagai diktator Maha Firaun konon sebagai calon perdana menteri sementara telah mencetuskan kemarahan sebahagian daripada penyokong kempen undi rosak.

Antaranya, mereka menyalahkan Mahathir kerana telah merosakkan institusi negara, mengekang hak kebebasan dan mewujudkan budaya politik wang ketika memerintah secara kuku besi dengan kejam selama 22 tahun dahulu.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengulas perkara sama dengan berkata ia adalah kewajipan sebagai orang Islam yang harus dilaksanakan untuk mengundi bagi menentukan pentadbir akan datang.

PRU ke-13 diadakan pada 5 Mei 2013 manakala Parlimen ketika ini boleh dibubarkan secara automatik menjelang 24 Jun depan iaitu genap lima tahun persidangan penggal pertama Dewan Rakyat. – Agensi



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rEvXVS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.