Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kediaman Uzur PDRM Akan Dibaik Pulih - TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kediaman Uzur PDRM Akan Dibaik Pulih - TPM



KUALA LUMPUR : Semua berek kediaman anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara yang uzur akan dibaik pulih dan dilengkapi kemudahan asas mengikut Dasar Perumahan Negara 2.0, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebagai permulaan, sebanyak RM13 juta diperuntukkan untuk melaksanakan penambahbaikan 15 blok berek anggota PDRM di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.

"Keperluan asas kediaman anggota PDRM perlu ikut Dasar Perumahan Negara 2.0 iaitu menambah dua bilik kepada tiga bilik.

"Selain itu, kemudahan pusat ibadah seperti masjid dan surau selain kemudahan rekreasi juga perlu ditambah baik," katanya kepada pemberita selepas melawat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau juga akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyediakan kediaman anggota polis di kawasan yang kos sewa rumahnya tinggi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan membina Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikhaskan untuk anak pegawai dan anggota polis sahaja.

Menurutnya, MRSM berkenaan berteraskan silibus Ulul Albab Imtiaz dengan hasrat untuk menjadikan anak-anak polis yang belajar di situ mempunyai kemahiran menghafal al-Quran dan huffaz dan dalam masa sama sebagai golongan profesional.

Terdahulu, Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama antara PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Turut hadir menyaksikan pemeteraian nota kerjasama yang ditandatangani Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Ahmad Zahid kemudiannya melancarkan PDRM Night Run 2018 yang akan berlangsung pada 17 Mac di Dataran Merdeka bersempena sambutan Hari Polis Malaysia ke-211.

-- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DEELfZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.