Video guru mengamuk dan berkelakuan kasar dalam bilik mesyuarat: PIBG tak terima aduan
KULIM – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chio Min hingga kini tidak menerima sebarang aduan daripada ibu bapa mengenai guru wanita yang bertindak kurang sopan ditularkan dalam Facebook sejak pagi tadi.
Yang DiPertuanya, Teh Lian Wang berkata sejak dia menggalas tugas sebagai YDP pada Mac tahun lalu tiada sebarang aduan dibuat mengenai guru terbabit.
“Saya tak dapat apa-apa aduan dari mana-mana pihak sejak saya galas tugas sebagai YDP PIBG di sini. Saya juga tidak tahu guru terbabit mempunyai masalah mental.
“Saya hanya tahu guru terbabit mempunyai kemahiran mengajar yang baik,” katanya.
Bagaimanapun, katanya perjumpaan akan dilakukan dengan pengetua sekolah bagi mendapat penjelasan mengenai perkara tersebut.
“Saya akan pergi jumpa dengan pengetua dengan segera, nak dapatkan penjelasan dan gambaran sebenar.
“Kalau memang guru tersebut bermasalah kita perlu cari cara untuk selesaikannya segera, supaya ia tak mengganggu pelajar dan guru seperti didakwa dalam Facebook itu,”katanya.Hari ini tular satu video yang berdurasi tiga minit 52 saat seorang guru
wanita dirakam sedang mengamuk dan berkelakuan kasar di satu bilik mesyuarat.
Sumber Video guru mengamuk dan berkelakuan kasar dalam bilik mesyuarat: PIBG tak terima aduan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FjmJjM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment