Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Dilaporkan Sedang Membangunkan Ciri Perkongsian Gambar Dan Video Seumpama Snapchat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Dilaporkan Sedang Membangunkan Ciri Perkongsian Gambar Dan Video Seumpama Snapchat

Twitter merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan ramai untuk berkongsi pelbagai perkara yang berlaku disekitar mereka dalam bentuk teks 280-aksara, gambar, video, dan sebagainya.

Selain daripada penawaran sedia ada ini, kini Twitter turut dilaporkan sedang membangunkan ciri perkongsian gambar dan video seumpama Snapchat, sekaligus memudahkan lagi perkongsian media pada perkhidmatan mereka.

Menurut Bloomberg, Twitter masih sedang dalam proses membangunkannya, namun rekaan akhirnya masih belum ditentukan. Buat masa ini sendiri, untuk perkongsian video dan gambar boleh dikatakan mengambil beberapa langkah sebelum pengguna boleh kongsikannya. Melalui ciri baru ini kelak, Twitter dijangka memudahkan lagi proses berkenaan, sekaligus meningkatkan lagi perkongsian berbentuk gambar dan video pada platform berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan. Ia dilaporkan masih pada peringkat awal pembangunan, dan mungkin mengalami pelbagai perubahan pada bulan-bulan akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DyadfF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.