UiTM Mula Menggunakan Boost Untuk Transaksi Nirtunai
Dengan beberapa universiti yang telah mengumumkan perkhidmatan transaksi nirtunai, kini Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut tidak ketinggalan, dan mengumumkan kerjasama bersama Boost untuk tujuan berkenaan.
Buat masa ini, transaksi nirtunai telah mula diperkenalkan di kampus UiTM Shah Alam, Dengkil, Puncak Alam dan juga Sungai Buloh. Mereka dijangka memperluaskan penawaran transaksi nirtunai ini ke kampus UiTM yang lain seluruh negara menjelang penghujung tahun 2018 ini.
Dengan menggunakan Boost, pengguna boleh menggunakan aplikasi berkenaan untuk menambah kredit, dan seterusnya mengimbas kod QR pada penjual untuk membayar dengan pantas dan mudah.
Kita akan dapat melihat lebih banyak universiti melaksanakan transaksi nirtunai ini dengan meluas menjelang penghujung 2018 ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ng8mVI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment