Uber Menyangkal Laporan Grab Akan Mengambil-Alih Operasinya Di Asia Tenggara
Lanjutan dari laporan semalam, Uber hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal berita bahawa Grab akan mengambil alih operasi mereka di Asia Tenggara. Melalui kenyataan rasmi yang diberikan pihak Uber kepada kami, mereka mengatakan berita yang dilaporkan hanyalah khabar angin yang tidak benar.
Uber mengatakan mereka terus komited terhadap rantau Asia Tenggara, dan akan terus melabur untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan, pemandu dan bandar-bandar di rantau ini.
Ura-ura yang didengari ini sebenarnya tidak mustahil kerana Uber pada tahun 2016 telah menawarkan operasi mereka di China kepada Didi Chuxing sebagai pertukaran kepada pegangan pada Didi dan pada masa yang sama mengurangkan persaingan yang memakan kos tinggi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Bu7aTY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment