Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ujian Penanda Aras Grafik Awal Menunjukkan AMD Ryzen 5 2400G Lebih Pantas Dari Intel Core i5-8400G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ujian Penanda Aras Grafik Awal Menunjukkan AMD Ryzen 5 2400G Lebih Pantas Dari Intel Core i5-8400G

AMD dikatakan bakal mengumumkan kehadiran siri APU desktop mereka, AMD Ryzen Desktop 2000 pada bulan April kelak, dan kini, nampaknya syarikat tersebut dilihat menunjukkan kebolehan APU tersebut sedikit melalui dek pra-pelancaran.

Dari segi spesifikasi, APU AMD Ryzen 5 2400G hadir dengan empat teras dan lapan bebenang kuasa manakala CPU Intel Core i5-8400 mempunyai enam teras dan enam bebenang kuasa, dan kedua-dua cip pemprosesan ini hadir pada tanda harga yang lebih kurang sama.

Menurut gambar yang hadir pada dek tersebut, AMD dilihat menguji kedua-dua cip pemprosesan in imenggunakan permainan-permainan komputer seperti Battlefield One, Overwatch, Rocket League, Elder Scrolls: Skyrim dan Witcher 3 pada resolusi Full HD 1920×1080.

Graf tersebut juga memperlihatkan keberkesanan iGPU Vega 11 yang hadir dengan 11 NGCU yang menggunakan teknologi Infinity Fabric untuk menghubung cip CPU dan GPU didalam APU tersebut, yang boleh menggerakkan kesemua permainan-permainan tersebut melebihi 30FPS, berbanding dengan CPU Intel yang hadir dengan grafik Intel Iris sahaja.

Menariknya, ini juga dilihat sebagai ujian awal untuk APU Raven Ridge ini, dan kebarangkalian besar akan hadir dengan kemaskini lagi apabila bulan April tiba kelak. APU terbaru dari AMD ini kelak mungkin akan menjadi komponen dengan harga mampu milik untuk pembina PC tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2n91bzK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.