TM Masih Dalam Proses Mengintegrasikan Netflix Dan Lain-Lain Ke Unifi TV
Telekom Malaysia pada tahun lepas telah mengatakan mereka akan bekerjasama dengan Netflix dalam menawarkan beberapa kemudahan kepada pengguna tempatan. Namun, perkara yang sepatutnya berlaku pada Oktober 2017 berkenaan telah ditangguhkan tanpa sebarang berita lanjut mengenainya.
Menjawab mengenainya, kini pihak Unifi TV mengatakan yang mana mereka masih dalam proses mengintegrasikan perkhidmatan Netflix ke Unifi TV.
Buat masa ini, apakah penawaran integrasi sepenuhnya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, pihak Telekom Malaysia mengatakan salah satunya adalah integrasi kebolehan membuat pembayaran Netflix melalui platform bil Unifi, sekaligus memudahkan lagi pengguna melanggan Netflix.
Selain daripadanya, TM turut ingin memudahkan pengguna menikmati kandungan daripada pelbagai penyedia seumpama Netflix terus melalui Unifi TV. Untuk tujuan berkenaan, pihak Unifi TV sedang dalam proses menaik-taraf sistem disebalik perkhidmatan penstriman mereka dengan menawarkan integrasi penstriman daripada awan. TM mengatakan kelak ia akan menyokong set-top box dari beberapa generasi – dan akan menawarkan kemaskini untuknya tidak lama lagi.
Seperti kebiasaan, TM tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalan pelbagai ciri baru ini pada Unifi TV. Memandangkan pihak Telekom Malaysia dalam proses penjenamaan semula dan membuat kempen pemasaran lebih meluas untuk jenama Unifi pada tahun ini, maka tidak mustahil kita melihat penawaran bersama Netflix ini turut dilaksanakan dalam tahun 2018 ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHru4J
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment