Apple Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Versi Baru iBooks Untuk iPhone Dan iPad
Sejak tahun lepas, kita telah melihat persaingan semakin meningkat dalam arena kandungan digital – terutamanya video dan audio. Kini, tidak ketinggalan adalah dalam arena buku digital. Selain Amazon dan Google, salah satu syarikat yang turut mempunyai penawaran buku digital adalah Apple, melalui apa yang dinamakan iBooks pada iPhone dan iPad.
Kini, ia dilaporkan oleh Bloomberg, mengatakan Apple sedang membangunkan versi baru aplikasi iBooks untuk iPhone dan iPad – dimana ia dijangka menawarkan perubahan drastik dari segi rekabentuk dan penjenamaan.
Aplikasi baru ini dijangka diperkenalkan dalam beberapa bulan lagi.
Apple sendiri dalam iOS 11.3 yang ditawarkan untuk pembangun pada minggu ini dilihat telah menjenamakan semula aplikasi “iBooks” kepada “Books”. Ia dikatakan kelak Apple akan turut menggunakan rekaan baru untuk aplikasi ini yang mana menggunakan rekaan seumpama App Store yang telah diperkkenalkan pada tahun lepas. Disamping itu, Apple turut sedang menguji sebuah bahagian baru dinamakan “Reading Now” yang memfokuskan kepada buku-audio.
Seperti biasa, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan hal ini. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa bulan-bulan akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DDxuAP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment