Hi! Welcome Back and Stay Tune! Shafie disiasat lagi - (video inside) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Shafie disiasat lagi - (video inside)

Shafie disiasat berhubung kenyataan Rela
Jason Santos · Diterbitkan pada 22 Jan 2018 8:45PM
Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdaltetap mempertahankan kenyataannya yang didakwa memperkecilkan peranan Rela.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Januari, 2018

PEMIMPIN Parti Warisan Sabah Shafie Apdal disoal siasat oleh polis Sabah hari ini berhubung kenyataan yang memperkecilkan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebelum ini pada satu program Bicara Presiden.

Video berdurasi 24 saat memaparkan Shafie berucap di Tuaran dan mengatakan anggota Rela tidak tahu bagaimana menguruskan senjata api dan bom menyebabkan kemarahan dalam kalangan anggota Rela di seluruh negara minggu lalu.

Beberapa laporan polis turut dibuat berhubung video berkenaan, dengan anggota Rela menuntut Shafie membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ketika ditemui di kediamannya, Shafie tetap berpendirian tiada apa yang salah dalam ucapannya dan berkata beliau percaya video berkenaan diubah untuk menjadikan dirinya kelihatan seolah-olah mempersoalkan "kemampuan" anggota Rela menguruskan senjata api.

"Komen saya terhadap Rela adalah saya bimbang dengan keselamatan dan kebajikan mereka. Ada saudara mara saya yang juga ahli Rela dan mereka menghubugi saya dan memberitahu mereka ditugaskan diSemporna dan Lahad Datu, yang mana perintah berkurung dijalankan dari senja hingga ke subuh di Pantai Timur Sabah.

"Mereka hanya diberikan uniform setiap seorang, dan diberikan baton kayu sebagai senjata. Kini bagaimana mereka nak berdepan dengan kumpulan bersenjata seperti Abu Sayyaf dan jenayah meerentas sempadan," katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Golfview di Penampang. – 22 Januari, 2018.



✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FkPfBl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.