Hi! Welcome Back and Stay Tune! DAP Tampal Wajah Mahathir Dengan Tanda Soal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DAP Tampal Wajah Mahathir Dengan Tanda Soal





Gabungan pembangkang bertopengkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah menghina Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila memadam wajah Pengerusi Pakatan Harapan itu pada poster kempen mereka dengan warna merah.

Lebih menyedihkan, wajah Mahathir ditukar dengan tanda soal warna putih walaupun ia dipercayai sebagai provokasi kepada syarat penggunaan gambar kempen yang dihadkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Media arus perdana melaporkan pemimpin DAP, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan gabungan pembangkang bertopengkan PKR itu akan menutup gambar Mahathir yang terdapat pada poster dan papan tanda kempen di negeri itu.

“Kita tak mahu mereka (SPR) runtuhkan papan tanda yang ada gambar calon kawasan itu bersama Mahathir,” dakwanya seperti dilaporkan pihak media.

Pakatan Harapan yang dibarisi oleh DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan hanya menggunakan logo PKR dalam PRU14.

Langkah itu dipercayai bagi memperdaya pengundi PRU14 khususnya Melayu beragama Islam yang tidak menyokong DAP dan PKR.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini meluahkan rasa hairan dengan sikap pembangkang mempersoalkan garis panduan penggunaan gambar ketika kempen kerana ia bukan peraturan baharu.

Kata beliau, syarat penggunaan gambar ketika kempen yang dihadkan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden merupakan prosedur operasi standard (SOP) sejak PRU12 supaya bahan kempen tidak mengelirukan pengundi.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wed3Hn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.