Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Tindakan Terhadap Kor Ming, Kuan Yau : Kenapa Kit Siang Membisu? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Tindakan Terhadap Kor Ming, Kuan Yau : Kenapa Kit Siang Membisu?






Kegagalan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang untuk mengawal dan mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau yang menggunakan kata-kata kesat, kasar serta mengutuk orang Melayu dalam beberapa ceramah sebelum ini, menunjukkan seolah-olah beliau merestui perbuatan dua pemimpin terbabit.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sikap berdiam diri pemimpin supremo DAP itu sehingga kini turut menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kata beliau, perbuatan Kor Ming dan Kuan Yau boleh dianggap sebagai hasil produk DAP untuk memecah belah perpaduan rakyat di negara ini.

“Mustahil Kit Siang akan mengambil tindakan terhadap mereka kerana kedua-duanya merupakan kesayangan beliau. Jika tidak diambil tindakan bermakna Kit Siang merestui perbuatan mereka. Ini sudah jelas dan ­nyata.

“Bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh ahli Barisan Nasional (BN), habis satu Malaysia beliau akan kritik supaya diambil tindakan tetapi apabila melibatkan ‘geng dia’, Kit Siang hanya diam seribu bahasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau diminta mengulas sikap biadab Kor Ming dan Kuan Yau dalam ceramah mereka yang sering dicemari kata-kata kesat dan menghina kaum lain.

Antara kata-kata Kor Ming terhadap Menteri Besar Pe­rak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang dilihat menghina apabila me­nyentuh warna kulit Zambry yang gelap manakala Kuan Yau pula mengeluarkan kata-kata ‘Malaysia sebuah negara ayam’ dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penipu agama.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi, Seremban, David Dass pula berasa pelik dengan tindakan Kit Siang yang membenarkan bekas pemimpin kanannya yang juga dikenali ‘Superman Hew’ untuk berceramah meskipun pernah dikecam pelbagai pihak.

Kata beliau, Kuan Yau sepatutnya dihalang terus daripada memberi sebarang ceramah dalam mana-mana majlis DAP sekiranya benar parti itu tidak berunsur perkauman seperti yang didakwa.

“Jadi, soalan saya, adakah perletakan jawatan Kuan Yau itu satu gimik politik?” katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee pula menyifatkan sikap Kor Ming dan Kuan Yau tidak mempunyai perwatakan yang baik dan berbudi bahasa.

“Meskipun ia merupakan isu dalaman parti (DAP), namun kita tidak menyokong mana-mana pemimpin menggunakan bahasa kasar. Ia tidak sopan langsung. ,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Kit Siang tidak memberi sebarang maklum balas apabila dihubu­ngi Utusan Malaysia melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan reaksi beliau terhadap isu tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HVQgBR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.