Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun Dr. Mahathir Jadi ‘Kuda’ DAP – Kuan Yau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun Dr. Mahathir Jadi ‘Kuda’ DAP – Kuan Yau






Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai kuda tunggangan DAP bukanlah retorik sebaliknya kenyataan itu disokong oleh bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan, Hew Kuan Yau dalam video ceramah berdurasi 3 minit 58 saat yang dirakam baru-baru ini.

Beliau turut mendedahkan kenapa Pengerusi gabungan pem­bangkang PKR itu sanggup bersengkokol dengan DAP dan cuba mewujudkan tsunami Melayu sekali gus mendapatkan undi daripada kaum berkenaan.






Berikut sedutan ceramah Kuan Yau:


“Kita dah jadi pembangkang 52 tahun. Sudah bosan. Mengapa kita yakin kita akan menang? Pas punya Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sudah ke sana, UMNO punya Mahathir pula datang ke sini. Kalau Mahathir tidak datang sini, Hadi pula pergi sana. PRU (Pilihan Raya Umum Ke-14) kali ini kita tidak payah bertanding. Mesti jadi pembangkang lagi. Perak pun kita tidak dapat, Putrajaya apatah lagi.

Tapi disebabkan UMNO berpecah, datang pula seekor kuda (Mahathir). Kali ini kita ada seekor kuda, kuda ini sudah datang. Pas Hadi ke UMNO untuk jadi kawan, (kini) ialah lawan kita. Sekarang kita berkawan dengan Mahathir adalah untuk melawan musuh yang sama. Musuh itu ialah Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak). Saya tak cakap Mahathir itu orang baik. Yang belajar sejarah, kita tahu macam mana nak nilai politician macam Mahathir ini.

Mahathir semestinya bukan orang yang baik. Abdullah Badawi (bekas Perdana Menteri kelima) ini pandai, sebab itu lepas kalah balik terus tidur. Nak suruh dia datang pakatan pun boleh tapi dia tak guna, datang pun untuk tidur. Tetapi kalau Mahathir da­tang, ini bukan gurauan. Mahathir ada makan tongkat ali dan Candy B punya. Sebab itu kita mestilah i­ngat, kita berkawan adalah untuk mengalahkan musuh.

Mahathir dulu adalah musuh kita, sekarang adalah kawan kita. Dia datang tidak minta duit pun, kita pun tidak mampu bayar dia. Mahathir pun dah banyak duit. Mahathir tiada duitkah? Mahathir pun makan banyak dah kan? Sebab itu untuk orang macam Mahathir ini kan, kita mesti percaya satu kata-kata Cina, apabila seseorang ini hendak mati, mesti berubah perangai. Sebab itu bila Mahathir datang sini, apa yang Lim Kit Siang (Penasihat DAP) cakap? Kita bagi peluang untuk Mahathir tebus apa yang patut, gunakan dia untuk berperang.

Mahathir bukan orang pertama yang datang dari UMNO. Siapa orang pertama yang datang dari UMNO? Tahun 1980-an dahulu Tengku Razaleigh Hamzah de­ngan Semangat 46. Betul tidak? Bekerjasama dengan kita. Orang kedua yang datang kepada kita daripada PKR, pada masa itu Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim), reformasi. Sekarang yang datang pangkat semakin tinggi. Mahathir kalau sudah mati, tiada UMNO yang pangkat lebih tinggi akan datang dah.



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HSN8q1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.