Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lapan Kerentanan Spectre Baru Ditemui – Intel Sedang Bekerja Keras Untuk Memperbaikinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lapan Kerentanan Spectre Baru Ditemui – Intel Sedang Bekerja Keras Untuk Memperbaikinya

Intel dilihat sedang bekerja keras untuk memperbaiki kerentanan Spectre dan Meltdown yang sedang membelenggu kesemua CPU mereka, dan nampaknya tugas mereka bakal menjadi lebih sukar kerana nampaknya lapan kerentanan Spectre baru telah ditemui, dan ia dikatakan cukup serius sama seperti kerentanan sebelum ini apabila ia mula-mula ditemui.

Kehadiran Spectre baru ini, yang diberikan nama Spectre New Generation, ataupun Spectre NG dilaporkan oleh Heise, sebuah laman web teknologi daripada negara Jerman, dan mereka juga menyatakan bahawa Intel sedar akan kerentanan-kerentanan baru ini.

Ia dilaporkan bahawa terdapat lapan kerentanan Spectre NG ini kesemuanya, dan empat daripadanya diberikan penarafan serius oleh Intel, dan syarikat pembuat cip tersebut sedang berusaha keras untuk memastikan bahawa kesemua kerentanan ini diperbaiki dengan secepat mungkin.

Butiran teknikal mengenai kerentanan Spectre NG ini masih belum diketahui secara penuh lagi, tetapi cara serangannya hampir serupa dengan Spectre sebelum ini, dan lebih teruknya, ia boleh membahayakan komputer-komputer pelayan awanan kerana kerentanan Spectre NG ini boleh digunakan untuk melihat data yang sedang dihantar dan mengkompromi maklumat yang selamat.

Menurut laporan Heise lagi, selain daripada CPU, beberapa CPU ARM juga didapati terkesan oleh kerentanan ini, tetapi tidak menyatakan jika CPU-CPU AMD mengalami masalah yang sama.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Intel sedar akan masalah Spectre NG ini, dan sedang berusaha keras untuk memastikan bahawa mereka hadir dengan kemaskini keselamatan secepat yang mungkin. Intel juga berkata mereka akan berkongsi lebih lanjut mengenai kerentanan Spectre NG ini di masa akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2rkXQP5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.