Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sarawak Report Menggelupur, Mahkamah Arah Bayar RM155,000 Kepada Presiden PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sarawak Report Menggelupur, Mahkamah Arah Bayar RM155,000 Kepada Presiden PAS





Peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Wan Rohimi kini dipercayai berada di United Kingdom bagi mengikuti kes berkenaan yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi London, semalam.

“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),” katanya menerusi Facebook, lewat malam tadi.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dihubungi bagi mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima khabar positif dari London.



“Kita menerima khabar positif. Maklumat lanjut akan diberikan menerusi kenyataan media esok (hari ini),” katanya.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’ – BH



✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HSMF7f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.