Kereta Api Cargospeed Mahu Menghantar Kargo Pada Kelajuan 1000 KM/J Dengan Kos Setanding Menggunakan Lori
Hyperloop ialah sistem kereta api baru yang boleh bergerak pada kelajuan mencecah 1000 kilometer sejam. Dubai ialah antara negara yang ingin menjadikan sistem Hyperloop realiti dan sudah bekerjasama dengan Richard Branson di dalam projek Virgin Hyperloop One. Kini DP World Cargospeed pula diumumkan dan ia adalah sistem penghantaran kargo pantas tetapi dengan kos setanding dengan menggunakan lori sedia ada.
Sistem kargo pantas ini dibangunkan kerana permintaan kargo dijangka meningkat empat kali ganda menjelang 2050. Bagi memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran yang ingin menerima produk dengan pantas, rangkaian DP World Cargospeed akan menyelesaikan masalah ini. Ia mampu menghantar kargo hampir sepantas menggunakan kapal terbang tetapi dengan kos yang hanya sedikit lebih mahal berbanding menggunakan lori.
Kereta api Hyperloop masih lagi di dalam fasa ujian di Dubai. Oleh itu pihak DP World Cargospeed tidak memberikan sasaran bilakah mereka akan memulakan operasi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2wdsRKv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment