Samsung Galaxy S10 Dijangka Hadir Dengan Sokongan Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin
Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S10 pada awal tahun 2019 kelak, dan kini ia turut dikatakan yang mana Galaxy S10 kelak akan turut menyertakan pengimbas cap jari secara terbina pada skrin.
Samsung sebelum ini telah berusaha untuk mengintegrasikan pengimbas cap jari pada skrin sejak Galaxy S9 yang lepas, namun mereka menghadapi cabaran dari segi teknikal untuk mengimplementasikannya. Kini, ia dikatakan Samsung akan berusaha menyertakannya pada Galaxy S10 kelak – bersempena dengan ulang-tahun ke-10 siri Galaxy S berkenaan.
Disamping itu, Samsung juga dikatakan mungkin menyertakan modul sensor 3D pada kamera hadapan, untuk menambah-baik imbasan wajah.
Selain Samsung, sejumlah pengeluar lain turut memfokuskan kepada pengimbas cap jari pada telefon pintar. Sebelum ini, kita telah melihat Vivo memperkenalkan pengimbas cap jari pada Vivo X21, selain Huawei pada Huawei Mate RS.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KzPJHv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment