Luahan Hati Penjawat Awam Menjelang PRU14...
Salam tuan. Saya harap tuan dapat siarkan luahan saya ini dalam blog tuan.
Sebagai kakitangan kerajaan, saya memang tak puas hati dengan beberapa pemimpin PH yang buat kenyataan supaya penjawat awam jangan takut undi mereka. Adakah pemimpin PH ingat kami bodoh. Kami keje gomen tak pernah takut untuk undi pihak yang kami rasa betul. Sebab kami tau yang undi kami rahsia. Tapi kami undi kerajaan sekarang kerana beberapa sebab:
1. Pemimpin pembangkang adalah orang yang paling kerap hentam kami yang kerja kerajaan. Mereka ni lah tuduh kami lembap, tak cekap, habiskan duit rakyat dan selalu buang masa. Takkan kami nak undi orang macam nie? Kami masih ingat dan bukan mudah lupa tuduhan diorang. Diorang nie hanya mulut manis masa kempen jer.
2. Pemimpin pembangkang juga orang yang selalu kondem projek dan pembelian kerajaan. Nak beli helikopter untuk tentera pun salah. Nak bagi bajet yang banyak kat pasukan keselamatan pun diorang larang. Semuanya salah. Tapi kalau ada insiden macam pencerobohan kat Lahad Datu, diorang pulak tuduh askar dan polis tak cekap. Banyak aset yang dah usang dan perlu diganti tapi selalu je kena kecam dengan pembangkang bila Mindef dan KDN nak buat pembelian.
3. Kami sedar yang kerajaan sekarang ni pun ada juga kelemahan. Tapi kami tengok PH lagi teruk daripada Kerajaan. Diorang cakap nak tumbangkan Dato' Najib tapi letak orang yang kena tangkap dengan SPRM untuk kes Felda sebagai calon diorang kat Parlimen Pekan. Lain kali letaklah presiden parti macam Mat Sabu, Tan Sri Muhyiddin atau Guan Eng lawan PM. Baru nampak serius. Tu belum lagi kat Sabah pun boleh lawan antara Parti Warisan dan PAN. Kalau bab tu pun tak bersatu, bayangkan kalau nak tubuhkan kabinet nanti.
4. Kami tak lupa lagi yang DAP cakap nak kurangkan jumlah kakitangan Kerajaan.
Banyak lagi sebab kenapa kami pilih Kerajaan sekarang ni. Pembangkang selalu bandingkan Malaysia dengan luar negara sebab apa kat sana tak tukar Kerajaan, tapi diorang sendiri tak sedar tahap diorang tu jauh lagi nak sampai level luar negara. Gabungan pembangkang boleh bertahan 2 penggal je. Dari zaman Barisan Sosialis, Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan sekarang ni Pakatan Harapan. Lagi 10 tahun nanti PH akan berkubur dan ganti dengan pakatan lain pulak. Semuanya sebab dalam pembangkang ni masing-masing ada agenda sendiri. Harap tuan dapat viralkan supaya mesej ni sampai ke pemimpin Harapan.
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HTvOkQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Penjawat Awam sekarang ramai yang 'kaki jilat' bos.. sebabnya mudah.. 'SKT' (Sasaran Kerja Tahunan) Siapa yang menilai?? Kalau 'kaki jilat' ni pandai buat kerja tak mengapa tapi kebanyakannya sebaliknya. Lebih-lebih lagi bila sekarang penjawat awam naik pangkat ikut tahun perkhidmatan dan tidak seperti dulu kena melalui peperiksaan..
ReplyDeleteDapat bos jenis benintegriti alhamdulillah.. tapi kalau dapat bos ikut suka hati mak bapak tiri dia .. 'astagfirullah...'
Dulu penjawat awam digalakkan untuk berfikiran terbuka dan menambah baik, tapi sekarang.. perlu berfikir untuk kemukakan sesuatu perkara.. biasala.. takut bos tak suka.. Dulu kita digalakkan menegur dengan sebab dan alasan mengikut lunas arahan/pekeliling, namun sekarang.. tegur bos biarpun perkara yang bos buat bercanggah dengan pekeliling.. siapa yang berani??.. Nak maut 'SKT'?? Tu belum macam-macam lagi perkara yang bos dan 'penjilat-penkilatnya' buat kat kita..
Teman ada la menghadiri satu kursus integriti ni oleh seorang Pegawai dari JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan dia bertanya.. "Keluar pergi tengok wayang waktu bekerja boleh ke tidak??".. ramai yang menjawab tidak.. kemudian dia soal balik.. "Keluar pergi bank atau hospital boleh ke tidak??" Semua jawab boleh.. Dia bertanya lagi.. "Boleh dengan cara mana??".. Semua pun jawab.. "dengan kebenaran pegawai..".. lantas beliau berkata.. kenapa tidak boleh keluar tengok wayang kalau ada kebenaran Pegawai??.. So sebenarnya boleh keluar asalkan ada kebenaran Pegawai kita. Hahaha.. nampak tak kebodohan Pegawai Integriti tu.. pergi bank atau hospital yamg waktu operasinya sama dengan waktu pejabat dan sudah pasti keduanya ada keperluan yang mendesak nak di bandimgkan keluar tengok wayang yang sekadar 'to have fun!!'
So.. nampak tak.. kita ni penjawat awam 'wajib' jadi 'penjilat' untuk kelangsungan hidup di dunia. Waullah hu a'lam.. Nauzubillah.