Hi! Welcome Back and Stay Tune! Grab Dilaporkan Sedang Menghimpunkan Suntikan Dana Baru Sebanyak $1 Bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Grab Dilaporkan Sedang Menghimpunkan Suntikan Dana Baru Sebanyak $1 Bilion

Grab pada bulan lepas telah pun mengumumkan penyatuan perniagaan dengan Uber, dimana Grab akan terus beroperasi, sebaliknya Uber menutup operasi di rantau Asia Tenggara. Sebagai ganti, Uber menerima sedikit pegangan dalam syarikat Grab.

Kini, lanjutan daripadanya, WSJ melaporkan yang mana pihak Grab sedang menghimpunkan suntikan dana baru sebanyak $1 bilion, sekaligus memposisikan syarikat Grab pada nilai $10 bilion.

Kali terakhir Grab menghimpunkan dana adalah pada bulan Julai 2017 lepas, dimana ketika itu Grab dinilaikan sekitar $6 bilion.

Suntikan dana baru ini dijangka akan digunakan untuk terus memperluaskan perkhidmatan Grab di rantau Asia Tenggara – selain turut digunakan untuk perniagaan Grab Foods, dan juga Grab Pay.

Sebelum ini, Grab telah menerima suntikan dana daripada sejumlah pelabur, termasuk Softbank, Toyota, Hyundai, dan juga Didi Chuxing. Berkemungkinan kita akan melihat beberapa pihak baru turut menyertai suntikan dana baru ini pada Grab.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HQiHRv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.