Hi! Welcome Back and Stay Tune! Itu bukan pemandu kami – Grab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Itu bukan pemandu kami – Grab

Grabcar1

PETALING JAYA: Syarikat pengkhidmatan pengangkutan dalam talian, Grab, menafikan individu yang dimalukan sekumpulan pemandu teksi dalam video yang menjadi viral baru-baru ini adalah pemandunya.

Bercakap kepada FMT, jurucakap Grab berkata, berdasarkan pendaftaran plet kereta dan dipadankan dengan sistem syarikat, pihaknya mengesahkan pemandu yang dimalukan itu bukan pemandu syarikat itu.

“Kami telah menonton video itu, dan memeriksa sistem kami. Walaupun kami bersimpati dengan nasib yang dialami oleh pemandu itu dan penumpangnya, dia bukan pengguna platform kami,” kata jurucakap itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sesawang Youtube, pemandu kereta jenis Proton Saga model BLM yang merupakan seorang lelaki Melayu terpinga-pinga selepas kereta yang dipandunya ditahan pihak berkuasa.

Seorang lelaki dipercayai pemandu teksi telah bertindak merakam video itu. Berdasarkan suara pada audio dalam rakaman itu, perakam menggunakan bahasa kasar untuk mengertak pemandu berkenaan yang ketika itu bersama penumpang.

Pada minit 1:02 kedengaran penumpang lelaki dicarut dengan kata-kata kesat, dan pada minit 1:15 rupa fizikal dua penumpang wanita pula menjadi tumpuan. Pada minit ke 1:50, perakam mendesak pemandu membuka aplikasi Grab dalam telefon bimbitnya.

Kelibat anggota polis juga dapat dilihat dalam rakaman yang berdurasi 2 minit 50 saat itu.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1MqT76q

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.