Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ujian psikometrik untuk kakitangan KDN ke jawatan penting - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ujian psikometrik untuk kakitangan KDN ke jawatan penting

nur-jazlan

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menjalankan ujian psikometrik ke atas kakitangannya, sebelum menempatkan mereka ke jawatan penting.

Langkah itu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed bertujuan memastikan integriti di kalangan penjawat awam di KDN.

“Kakitangan yang cenderung terbabit dalam rasuah tidak akan ditempatkan ke jawatan-jawatan itu,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendaftaran Negara, hari ini.

Kementerian itu telah menerima penarafan lima bintang daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan kakitangan KDN supaya tidak terbabit dalam kegiatan rasuah.

“Penjawat awam tidak patut fikir tentang rasuah.

“Baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan ada banyak ‘buaya’. Peruntukan mereka, iaitu RM800 juta tidak sebanyak RM12 bilion setahun yang diterima KDN.

“Pun begitu, kakitangan kementerian itu boleh ‘cari makan’ daripada bajet itu,” katanya sambil menegaskan, beliau tidak mahu mendengar sebarang kegiatan rasuah dalam KDN.

Bulan lalu, seorang pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan dilaporkan terbabit dalam penyelewengan dana kerajaan lebih RM100 juta.

Sementara itu, Nur Jazlan turut mengingatkan kakitangannya supaya bekerja keras, kerana terdapat kira-kira 55,000 orang yang memohon untuk berkhidmat di sektor awam.

Daripada jumlah itu, seramai 2,000 orang yang disenarai pendek untuk 300 jawatan di seluruh negara.

Tambahnya, ada di kalangan pemohon itu yang berusia 30 tahun ke atas dan memiliki ijazah sarjana.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1RQBRI3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.