Hi! Welcome Back and Stay Tune! PRN Sarawak: William Mawan terus pertahan Pakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PRN Sarawak: William Mawan terus pertahan Pakan

william,pakan

KUCHING: Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak Tan Sri William Mawan Ikom masih belum bersedia melepaskan kerusi DUN Pakan yang dipegangnya selama lima penggal.

Ini berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang pernah membayangkan untuk melepaskan kerusi tersebut kepada pemimpin yang lebih muda termasuk anaknya supaya neliau dapat menumpukan tugas di peringkat Parlimen.

“Saya sedia untuk mempertahankannya. Bercakap tentang kerusi DUN Pakan, ‘dont count me out’. Saya benar-benar ambil berat tentangnya dan juga BN,” kata Menteri Pembangunan Sosial Sarawak itu kepada pemberita tengah hari tadi.

Berhubung khabar angin nama anaknya telah diserahkan kepada Adenan menggantikan tempatnya di Pakan, beliau berkata keputusan tersebut diserahkan kepada kepimpinan BN Sarawak.

“Kita akan bercakap tentangnya apabila sampai masanya (direct quote; we cross the bridge when time comes). Tetapi saya sedia mempertahankannya (kerusi DUN Pakan),” tegasnya.

“Bukan namanya sahaja (yang diserahkan). Anda perlu membuka pilihan seluas mungkin untuk membuat keputusan terbaik mengenai calon yang akan mewakili BN, tetapi ia tidak bermakna keputusan sudah ditetapkan,” tambahnya lagi.

Pada 27 Mac lalu, Adenan dijangka mengumumkan calon DUN Pakan sebelum hari penamaan calon selepas menilai kekuatan Teras dan juga Parti Demokratik Pogresif Sarawak (SPDP).

Mawan sebelum ini pernah mempertimbangkan untuk melepaskan kerusi tersebut, terutama selepas Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Adenan Satem mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang dipilih sebagai “calon langsung BN” perlu melepaskan jawatan dalam parti asal mereka dan memilih untuk menyertai parti komponen BN jika memenangi kerusi DUN yang ditandingi.

Mawan merupakan bekas Presiden SPDP, sebuah parti komponen BN, sebelum keluar pada Mei 2014 dan menubuhkan Teras ekoran krisis dalaman SPDP.

Sepanjang tempoh itu, Teras berusaha untuk menyertai BN dan menyertai PRN kali ini di bawah tiket BN, tetapi masih belum ada kata putus berhubung perkara itu.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T0OTSd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.