Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian: Lebih 90 peratus mahasiswa tak sokong Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian: Lebih 90 peratus mahasiswa tak sokong Najib



Tinjauan mendapati lebih 90 peratus mahasiswa tidak menyokong pentadbiran kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Kumpulan yang dikenali sebagai Challenger menerusi jurucakapnya, Syed Saddiq berkata, tinjauan berkenaan melibatkan lebih 5,000 mahasiswa di bawah umur 30 tahun di universiti seluruh negara.

 "89 peratus daripada mereka juga tidak menganggap Najib sebagai pemimpin berintegriti dengan duaCADANGANutama kepada Najib ialah untuk kerajaan menjana peningkatan dalam peluang pekerjaan/kenaikan gaji serta mengawal kos sara hidup.
"Selain itu, peserta tinjauan turut mencadangkan agar kerajaan sentiasa membanteras rasuah, melaksanakan reformasi institusi, menyediakan pendidikan percuma/biasiswa, kebebasan akademik dan beragama," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada bulan Februari 2015, Merdeka Center mendedahkan bahawa sokongan pada Najib mencecah tahap 44 peratus bulan Januari tahun yang sama, kedudukan kedua paling rendah sejak beliau dilantik sebagai perdana menteri enam tahun lalu.

Popularitinya menurun satu peratus daripada 45 peratus yang direkodkan pada November dan Disember 2014. Pada Oktober 2014, sokongan kepadanya di tahap 48 peratus.
Popularitinya merudum di tahap paling bawah pada Januari 2014 dengan 42 peratus, sementara peringkat tertinggi, 72 peratus, direkodkan pada Mei 2010.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq menambah, tinjauan tersebut melibatkan pengagihan secara manual di kalangan penuntut universiti di empat fakulti dalam setiap universiti dan ada antaranya diedarkan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Twitter.


Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/337486

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.