Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita PKR rancang lebih banyak flash mob bantah GST - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita PKR rancang lebih banyak flash mob bantah GST

Zuraida-KamaruddinAMPANG: Wanita PKR berikrar akan mempergiatkan usaha membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) melalui siri flash mob yang akan dianjurkan kelak.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, flash mob membantah GST berupaya memberi tekanan kepada kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji semula dasar percukaian baru itu.

“Kita akan buat lagi flash mob. Walaupun dipanggil (polis), kita tetap akan buat. Tidak mengapa, kerana reformis selalu macam ini, selalu dipanggil (polis).

“Ini perkara biasa dan kita melakukannya untuk rakyat kita yang tertekan dengan pelaksanaan GST ini,” katanya kepada pemberita di hadapan pintu masuk Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

Zuraida dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung flash mob anti-GST anjurannya pada 1 April lalu di Jalan Ampang, berhampiran Taman Kosas.

Mengulas lanjut, Zuraida mengakui penganjuran flash mob itu tidak mendapat permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman.

Katanya, beliau tidak menyangka aktiviti membantah GST yang diuar-uarkannya berupaya menarik orang ramai untuk berdemonstrasi dan berhimpun secara aman.

“Saya tidak sangka sebenarnya dapat sambutan pada hari itu dan ramai yang berkumpul membantah GST,” katanya.

Zuraida berkata, beliau disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman.

Flash mob itu diadakan sempena setahun pelaksanaan GST yang dikatakan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

GST mula dilaksanakan pada 1 April 2015 di seluruh negara pada kadar enam peratus, bagi menggantikan cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Berdasarkan Laporan Ekonomi 2015/2016, hasil kutipan GST bagi 2015 dijangka mencecah RM27 bilion, lebih tinggi daripada unjuran asal RM21.7 bilion, kerana pematuhan lebih banyak syarikat terhadap sistem percukaian baru itu.

Tahun ini, kutipan GST dijangka mencecah RM39 bilion yang akan menyumbang 17.3% kepada pendapatan kerajaan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/20xdilw

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.