Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiga bulan untuk Rayani Air ‘terbang lebih tinggi’ – Pemilik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiga bulan untuk Rayani Air ‘terbang lebih tinggi’ – Pemilik

 

ravi--rayaniPETALING JAYA : Pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran berazam menggunakan tempoh penggantungan tiga bulan untuk meningkatkan lagi operasi atau ‘terbang ‘lebih tinggi’ syarikat penerbangan pertama patuh syariah itu.

Katanya walaupun berat hati dengan keputusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA), namun beliau akan menggunakan tempoh penggantungan tiga bulan itu untuk menyelesaikan masalah dalaman syarikat.

“Dalam tempoh ini (penggantungan), kami akan berusaha untuk memperbaiki dan menyelesaikan segala masalah berkaitan operasi,” katanya lapor Mstar Online.

DCA mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara (AOC) Rayani Air selama tiga bulan berkuat kuasa semalam.

Mengulas lanjut, Ravi berkata, beliau akan menyelesaikan masalah kewangan yang menjejaskan operasi Rayani Air menerusi pelan penstrukturan semula.

Katanya, pelan baharu itu temasuk mendapatkan dana, menyelesaikan tunggakan gaji pekerja, mendapatkan lebih ramai juruterbang dan menambah pesawat.

“Semuanya berkaitan dana dan operasi, kami akan berusaha untuk mengatasinya sebaik mungkin,” katanya.

Sebelum itu, penerbangan ke beberapa destinasi terganggu dan terpaksa dibatal kerana menghadapi mogok daripada juruterbang apabila syarikat dikatakan gagal membayar gaji.

Rayani Air memulakan penerbangan pertama ke Langkawi pada 20 Disember tahun lalu dan menambah destinasi lain iaitu Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu menggunakan dua pesawat Boeing 737-400.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1MqUTEx

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.