Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki rosakkan patung suci Hindu didakwa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki rosakkan patung suci Hindu didakwa

Fathi-Munzir-Nadzri

IPOH: Seorang siswazah perubatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merosakkan patung di dalam sebuah kuil dan memiliki senjata berbahaya pada Ahad lepas.

Fathi Munzir Nadzri, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Tertuduh didakwa merosakkan patung-patung di dalam kuil yang merupakan objek suci bagi penganut Hindu dengan mengetahui bahawa penganut agama itu akan menganggap perbuatan itu sebagai penghinaan kepada agama mereka, selain didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah parang.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kuil Sree Muneeswaran Amman Kovil di Jalan Hospital Ipoh di sini, kira-kira pukul 5 petang pada 24 April lepas.

Pada prosiding hari ini tertuduh didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Fathi juga didakwa memiliki senjata berbahaya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ikmal Hishan membenarkan permohonan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Yusaini Amer Abdul Karim agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk pemerhatian dan rawatan lanjut selama sebulan dan boleh dilanjutkan sekiranya perlu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin dan Mior Fadhli Mior Shaifuddin.

-BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1T9VPd1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.