Hi! Welcome Back and Stay Tune! LGE diarah keluar 2 hari sebelum hari pengundian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LGE diarah keluar 2 hari sebelum hari pengundian

lim-sarawak

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang diberitahu supaya meninggalkan Sarawak pada 5 Mei depan, selepas beliau diberikan tempoh melawat tujuh hari oleh Imigresen.

Guan Eng tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 8 malam dan berkongsi pas lawatan khas yang diberikan kepadanya.

“Selepas menunggu kira-kira 20 minit saya dibenarkan masuk Sarawak setakat 5 Mei. Selepas tarikh itu tidak diizinkan sehinggalah pilihan raya Sarawak 7 Mei selesai,” cicip Guan Eng melalui Twitter.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut diberi layanan serupa. Beliau hanya dibenarkan berada di Sarawak sehingga 2 Mei.

Imigresen Sarawak lazimnya memberikan pas lawatan 90 hari kepada semua rakyat Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem baru-baru ini memberi amaran sekatan keatas ahli politik akan dipertingkatkan bagi menyekat watak-watak tidak baik memasuki Sarawak.

Adenan menyanggah pengkritik dengan berkata sekatan tidak terhad kepada pembangkang, tetapi juga kepada ahli-ahli parti BN.

Adenan berkata pemimpin besar DAP seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang diberi kebenaran masuk ke negeri itu kerana mereka menjaga perangai masing-masing.

Imigresen Sarawak berikrar menguatkuasakan amaran Adenan itu, dan berkata jabatan itu mempunyai senarai orang-orang yang tidak diingini yang akan ditahan sebaik mendarat.

Pengarahnya, Ken Leben dilaporkan sebagai berkata, sekatan dikenakan keatas semua pengunjung samada tempatan mahupun asing, kerana mereka tidak mengamalkan dwistandard.

Ken menegaskan sekatan bukannya dikenakan keatas wakil rakyat pembangkang semata-mata walaupun antara yang ditahan termasuklah Tony Pua, Teresa Kok dan Teo Nie Ching daripada DAP.

Beliau berkata senarai orang-orang yang tidak diingini adalah sulit dan tidak akan didedahkan kepada orang awam dalam apa jua keadaan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VWVce1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.