Hi! Welcome Back and Stay Tune! 72 amat bermakna buat Adenan Satem - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

72 amat bermakna buat Adenan Satem

adenan-sarawak

KUCHING: Rakyat Sarawak memberi hadiah istimewa kepada Tan Sri Adenan Satem dengan mandat besar untuk menerajui kerajaan negeri pimpinan BN buat penggal ke-11.

Kemenangan 72 kerusi untuk pemimpin berusia 72 tahun itu pada Pilihan Raya Negeri ke-11 menunjukkan rakyat Bumi Kenyalang memberi kepercayaan kepada Adenan untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima.

Pencapaian itu merupakan detik bersejarah bagi Adenan selaku Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selama 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Kemenangan itu lebih manis apabila BN merampas tujuh kerusi majoriti Cina, termasuk kerusi paling panas iaitu Batu Kawah yang dimenangi Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Dr Sim Kui Hian.

Mengetuai BN buat pertama kali pada PRN, Adenan meminta pengundi memberinya peluang lima tahun lagi sebelum beliau bersara daripada politik bagi merealisasikan visinya untuk membangunkan Bumi Kenyalang bersama kaum Cina dalam Kabinet negeri itu.

Seruan pemimpin popular itu dibalas kaum Cina dengan mengembalikan semula kerusi Batu Kawah, Piasau, Dudong, Bawang Assan, Repok, Meradong serta kerusi baru Batu Kitang.

Sebaik sahaja BN meraih majoriti dua pertiga, Adenan sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi Taib yang turut disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kejayaan cemerlang itu adalah hasil di sebalik parti tonggak BN, PBB serta Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang masing-masing menyapu bersih 40 dan 11 kerusi serta sumbang tujuh kerusi oleh SUPP, tiga oleh Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan 11 calon langsung, sekali gus melepasi ramalan 70 kerusi.

Gabungan itu membuka langkah kanan dengan kemenangan di dua kerusi tanpa bertanding, iaitu Bukit Sari dan Bukit Kota pada hari penamaan calon 25 April lalu.

Rakyat Sarawak memberi tamparan hebat kepada Pakatan Harapan, apabila DAP sekadar mampu mengekalkan tujuh kerusi dan hilang lima berbanding rekod 12 kerusi yang dimenangi pada 2011.

Parti pembangkang itu mengekalkan kerusi Kota Sentosa, Padungan, Pending, Pelawan, Bukit Assek, Tanjung Batu dan Pujut.

PKR yang tidak sehaluan dengan DAP pada PRN ini bertanding di 40 kawasan dan hanya berjaya mengekalkan rekod 2011, iaitu di DUN Ba’kelalan, Krian dan Batu Lintang.

Adenan mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan majoriti 5,892 undi selepas mengalahkan pencabar tunggal, Jazolkipli Numan yang hanya mampu mendapat 468 undi dan hilang wang depositnya.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1WQJWyf

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.