Seramai 120 atlet Sarawak sertai kem motivasi ‘Kamek Mok Emas’
KUCHING: Seramai 120 atlet Sarawak dari pelbagai acara sukan menyertai kem motivasi ‘Kamek Mok Emas’ yang diadakan di Century Hotel, Santubong pada Jumaat lalu.
Mereka terlibat dalam kem tiga hari itu merupakan atlet-atlet acara sukan hoki (lelaki dan wanita), tenis, boling padang, pencak silat, angkat berat, tinju, menembak, memanah, golf, karate, perahu layar dan sepak takraw.
Pada hari pertama, atletatlet diberi latihan kerja berkumpulan untuk meningkatkan semangat berpasukan manakala sebelah malam mereka mendengar ceramah oleh beberapa penceramah jemputan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee sempat meluangkan masa melawat kem motivasi tersebut untuk memberi kata-kata semangat kepada atlet-atlet terlibat.
Hadir sama Penolong Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) Abdul Muktalip Mohamad.
Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Ghani merasmikan penutupan kem itu hari ini dan turut dihadiri Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), Kameri Affandi.
Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1WQTNE9
Post a Comment