Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPAD akan siasat dua tren KTMB bergesel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPAD akan siasat dua tren KTMB bergesel

train_SPAD_600

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan menyiasat kemalangan membabitkan dua tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kuala Kubu Bharu, hari ini.

SPAD berkata, tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai dan ketika ini KTMB sedang berusaha membuka semula landasan pada kadar segera.

“Pengumuman pembukaan semula akan dibuat oleh pihak KTMB. Untuk maklumat lanjut mengenai pembukaan perkhidmatan, para pengguna dinasihat merujuk kepada www.ktmb.com.my atau menghubungi talian KTMB di 03-2267 1200,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan menerusi Facebooknya memaklumkan, 13 penumpang yang cedera ringan telah dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Seramai 12 daripadanya telah dibenarkan pulang, manakala seorang lagi mangsa yang cedera ringan dimasukkan ke wad biasa untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Sebuah tren Ekspres Rakyat dalam perjalanan dari Butterworth ke Johor Bahru dan sebuah kereta api Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh bergesel di KM322 di Kuala Kubu Bharu, pada jam 1.45 tengah hari tadi.

Semua penumpang yang selamat telah dipindahkan KTMB melalui bas perantara yang disediakan untuk meneruskan perjalanan mereka.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1O66fyn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.