Hi! Welcome Back and Stay Tune! Henti eksperimen, Sarawak perlu pasukan mantap: Awang Mahyan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Henti eksperimen, Sarawak perlu pasukan mantap: Awang Mahyan

KUCHING: Jurulatih Sarawak, Datuk K Rajagobal perlu menghentikan eksperimen dan memberi perhatian memantapkan pasukan Sarawak dalam menghadapi baki perlawanan saingan Liga Super musim ini.

Kecewa dengan prestasi bekas skuad bimbingannya, Awang Mahyan Awang Mohamad berkata Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) perlu mencari anak-anak tempatan yang berpotensi dan tidak bergantung kepada pemain luar.

Beliau berkata FAS perlu menjelajah ke pelosok negeri ini untuk mencari pemainpemain tempatan dan bukan mengambil jalan mudah dengan mengisi skuad itu dengan pemain luar.

“Sebenarnya, Sarawak tidak kurang pemain-pemain berpotensi yang boleh dilatih dan digilap menjadi pemain yang baik,” kata pencetus slogan Ngap Sayot era kegemilangan bola sepak Sarawak pada 80-an.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas kedudukan tercorot Sarawak dalam Liga Super selepas hanya menang satu perlawanan dalam 10 perlawanan setakat ini.

Awang Mahyan, 66, yang kini aktif dalam parti politik tempatan turut membidas kualiti pemain import yang dibawa oleh FAS dalam pasukan itu musim ini dan mencadangkan pasukan itu memerlukan rombakan.

“Pemain import yang sedia ada dalam pasukan semuanya tidak berkualiti, lagi pun saya nampak mereka tidak memiliki semangat juang yang tinggi ketika beraksi.

“Misalnya, apabila mereka mendahului perlawanan, mereka tidak mampu bertahan dan akhirnya hilang tumpuan dan hilang semangat sehingga memboleh pasukan lawan menewaskan mereka,” katanya.

Menurut Awang Mahyan, berkemungkinan pemain import yang dibawa masuk ke dalam pasukan Sarawak tidak digunakan oleh pasukan atau kelab asal mereka disebabkan mutu permainan mereka yang merosot.

Selain itu, katanya, FAS perlu berusaha mendapatkan pemain import yang bagus terutama penyerang yang berbisa apabila pintu perpindahan pemain dibuka pada Jun depan.

Ngap Sayot menggambarkan daya juang dan permainan cantik pasukan Sarawak bimbingan Awang Mahyan pada 1988 hingga 1990 ketika dalam era kegemilangan mereka di Liga Malaysia.

Beliau mengilhamkan slogan tersebut ketika bermain snuker dengan pemainnya dengan membawa maksud dalam bahasa Melayu ‘mudah untuk dikalahkan’. — Bernama



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1O6KRsT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.