Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semua pemimpin parti komponen BN menang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semua pemimpin parti komponen BN menang

sarawak_bn_600_nw

KUCHING: Kesemua pemimpin parti komponen BN memenangi kerusi ditandingi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencatat kemenangan mudah bagi kerusi Tanjong Datu dengan menewaskan pencabarnya, Jazolkipli Numan daripada PKR untuk penggal ke-10 sebagai ADUN.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu meraih 6,360 undi, manakala Jazolkipli hanya memperoleh 468 undi dan hilang depositnya.

Dalam pertembungan paling ditunggu-tunggu pada PRN kali ini, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Senator Datuk Dr Sim Kui Hian meraih 6,414 undi mengalahkan penyandang kerusi Batu Kawah, Christina Chiew daripada DAP yang memperoleh 4,329 undi.

Calon Bebas yang juga bekas Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Batu Kawah, Liu Thian Leong sekadar mendapat 1,109 undi, sekali gus hilang depositnya.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing mengekalkan kerusi Baleh yang disandangnya sejak 1983 apabila mengalahkan calon DAP, Agop Linsong dengan majoriti 4,793 undi.

James yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak memperoleh 5,272 undi berbanding hanya 479 undi diraih Agop yang sekaligus hilang deposit dalam pertandingan satu lawan satu itu.

BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/24DveNE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.