Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aliff sangkal dakwaan KFA, tanah tergadai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aliff sangkal dakwaan KFA, tanah tergadai

PETALING JAYA: Pengasas syarikat D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd (D’Herbs) Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menafikan dakwaan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kononnya tanah di Pokok Sena akan tergadai sekiranya beliau bersetuju meneruskan penajaan RM30 juta untuk tiga tahun bagi program pembangunan bola sepak di Kedah.

Beliau sebaliknya menegaskan cadangan pembinaan bandar D’Herbs di atas tanah seluas 60 hektar di Jabi, Pokok Sena dan mendapat kerjasama anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu merupakan antara usaha beliau dalam mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri berkenaan.

Selain mewujudkan bandar D’Herbs, Aliff turut memaklumkan beliau berhasrat untuk membangunkan taman tema dan zoo di kawasan berkenaan yang sebelum ini terbengkalai.

“Tiada istilah nama Aliff Syukri Kamarzaman untuk dapatkan tanah berkenaan secara percuma. Saya amat kecewa seolah-olah saya merampas hak rakyat negeri Kedah dan dakwaan saya akan mengambil tanah (berkenaan) adalah penipuan.

“Saya juga telah maklumkan permohonan (pembinaan bandar D’Herbs) kepada kerajaan negeri dan bukannya paksaan. Adakah salah sekiranya saya sebagai seorang ahli perniagaan ingin memajukan lagi ekonomi dan bola sepak di negeri berkenaan?” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau membidas pengurusan KFA yang mendedahkan terma perjanjian menerusi satu sidang media di Alor Setar, Rabu lepas walaupun kedua-dua pihak bersetuju supaya perkara berkenaan tidak dimaklumkan kepada orang ramai.

“Saya jangkakan akan ada rundingan berhubung draf perjanjian pada 27 April lalu tetapi sebaliknya KFA telah membelakangkan saya dan membuat pengumuman tanpa mengadakan perbincangan dengan saya terlebih dahulu.

“Saya harapkan KFA akan berikan maklum balas dalam bentuk bertulis tetapi terjadi sebaliknya dan ia sekali gus wujud tiada sikap tolak ansur dan bekerjasama,” tegas Aliff sambil mendakwa sudah hampir dua bulan isu penajaan berkenaan dibincangkan namun tiada kata putus dicapai dengan KFA berhubung isu berkenaan.

Isterinya Datin Nur Syahida Mohd Rashid, yang juga Pengurus Eksekutif D’Herbs pula menjelaskan pihaknya tidak kecewa dengan tindakan KFA yang menolak penajaan berkenaan tetapi kecewa dengan badan induk berkenaan yang membelakangkan mereka.

“Kenapa kita boleh berbincang bersama tetapi apabila terjadinya isu ini, kita tidak dimaklumkan dan berasa amat terkejut dengan perkara ini,” katanya. — Bernama



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/1WQTKbA

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.