Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adun Pujut beri keterangan dakwaan 2 kewarganegaraan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adun Pujut beri keterangan dakwaan 2 kewarganegaraan

dr-ting

PETALING JAYA: Adun DAP Pujut, Dr Ting Tiong Choon hari ini memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan beliau membuat deklarasi palsu berhubung status kewarganegaraannya.

Menurut laporan The Star Online, Tiong Choon hadir ke Ibu Pejabat Polis Miri kira-kira jam 2.15 petang tadi dengan ditemani peguamnya, Alan Ling yang juga Setiausaha DAP Sarawak.

Beliau dan peguamnya bagaimanapun enggan mendedahkan butiran berhubung kes itu memandangkan siasatan masih dijalankan polis.

Khamis lalu, calon langsung BN di Dun Pujut, Datuk Hii King Chong memfailkan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Miri terhadap Adun itu bagi membatalkan keputusan kerusi Pujut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 7 Mei lalu.

Beliau mendakwa Tiong Choon tidak layak menjadi Adun kerana telah mempunyai dua kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

Beliau turut mendakwa mempunyai bukti Tiong Choon adalah pengundi berdaftar di Australia dan wakil rakyat DAP itu telah melanggar peraturan kerana tidak memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai statusnya sebagai rakyat Australia.

Mengikut Seksyen 16 dan 17(g) Perlembagaan Negeri Sarawak, seseorang Adun akan hilang kelayakan jika beliau secara sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain.

Ini adalah petisyen pertama yang difailkan selepas PRN Sarawak ke-11 bulan lalu.

Tiong Choon memenangi kerusi Dun Pujut dengan majoriti 1,759 undi, selepas meraih 8,899 undi menewaskan King Chong yang memperoleh 7,140 undi; calon PAS, Jofri Jaraiee (513 undi) dan calon Bebas, Fong Pau Teck (375 undi).





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Sc7U0H

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.