Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemenangan buat isu tempatan dan realiti politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemenangan buat isu tempatan dan realiti politik

budiman-1

Seperti dijangka anak tempatan, Budiman Mohd Zohdi berjaya mengekalkan kerusi yang ditinggalkan penyandang sebelum ini, Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon.

Menggunakan strategi ‘underdog’ dan anak kampung, Budiman dilihat lebih selesa mendekati masyarakat dalam kelompok kecil serta namanya juga tidak asing lagi memandangkan beliau juga Adun Sungai Panjang.

Walaupun pembangkang cuba membawa isu-isu nasional seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion, isu itu dilihat tidak mampu menggegarkan denyut nadi rakyat di Sungai Besar.

Sebaliknya, isu-isu masyarakat setempat seperti cukai tambatan dan pendaratan yang dicadangkan kerajaan negeri Selangor untuk nelayan telah menyentak penduduk yang majoritinya bekerja sebagai nelayan dan petani.

Sementara itu, nasib calon PAS, Dr Abdul Rani Osman pula berbeza. Isu pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1964 yang juga dikenali sebagai Akta 355 itu yang hangat dibincangkan sebelum ini telah menakutkan pengundi Cina.

Walaupun telah diperjelaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dibantu Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Sheikh Kadir Fadzir mengenai Akta 355 bukan hukum hudud, ia masih tidak mampu meyakinkan pengundi Cina.

Walaupun Abdul Rani berpengalaman luas dalam kancah politik dan merupakan Adun Meru, faktor beliau yang jelas bukan anak tempatan telah menyebabkan beliau terasing daripada jiwa pengundi Sungai Besar.

Jentera-jentera dan pemimpin PAS sukar berkempen untuk memberi kemenangan kepada doktor perubatan itu memandangkan parti Islam itu bergerak secara bersendirian, tanpa bantuan PKR dan DAP.

PAS bukan sahaja kekurangan dari segi bilangan jenteranya, tetapi turut tidak mendapat sokongan kerajaan negeri Selangor.

Walaupun Selangor ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat, PKR terus membiarkan Abdul Rani keseorangan membawa agenda politik matang kerana ia bukan lagi sekutu dalam Pakatan Harapan.

Amanah yang dibantu DAP dan PKR pula berjaya memberi saingan yang sihat kepada BN dan PAS. Bagaimanapun, Azhar Abdul Shukur gagal menarik sokongan majoriti pengundi.

Walaupun Azhar adalah Pengerusi Amanah Sungai Besar namun beliau tetap tidak mampu menyaingi Budiman disebabkan beliau baru pulang ke kampung halaman dan pengaruh politik yang masih cetek.

Sekalipun disokong dan dibantu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan agenda Deklarasi Rakyat serta pungutan suara untuk menolak Datuk Seri Najib Razak, ia masih belum cukup untuk meyakinkan pengundi.

Persona diri Azhar terus dibayangi pemimpin tertinggi DAP dan PKR, namun apabila diberikan peluang untuk berucap di hadapan hadirin, tiada rancangan yang digariskan Azhar untuk membangunkan Parlimen Sungai Besar.

Sebaliknya, rakyat kawasan itu terus diajak untuk menolak Najib dan percaya PRK Sungai Besar ini adalah penentu hidup dan mati Najib sebagai Perdana Menteri.

Ketika Azhar dahagakan bantuan Adun Sekinchan, Ng Suee Lim bagi menarik perhatian pengundi Cina, beliau dikejutkan dengan kejayaan kerajaan BN membawa pulang dua nelayan Cina yang ditahan di Tanjung Balai, Indonesia untuk bersatu dengan keluarga dan anak-anak mereka dua hari menjelang hari penentuan.

Kejayaan itu telah menyebabkan pengundi Cina yang sebelum ini optimis dan berfikir secara realistik bertukar haluan, ia bukan lagi mengenai politik semata-mata, sebaliknya mereka mula memikirkan peluang dan kelebihan yang akan diperolehi jika Budiman menang.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1ZZP5DZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.