Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kelab Greenboc - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


AMANAH Diterima Rakyat Sebagai Pengganti PAS

Posted: 19 Jun 2016 02:00 AM PDT

Walaupun kalah, Amanah anggap pencapaian membanggakan bagi parti baharu

Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan keputusan bagi pilihan raya kecil (PRK) Parimen Kuala Kangsar sebagai membanggakan walaupun berada di kedudukan ketiga di belakang BN dan Pas.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selepas bekerja kuat memperkenalkan Amanah yang belum mencecah usia setahun, parti itu mampu memperoleh 4,883 undi.


"Terima kasih kepada pengundi yang saya faham amat sukar untuk mengenali parti Amanah yang tak sampai umur setahun, baru lapan bulan, lambang pun baru, ramai rakan dalam Pakatan Harapan terpaksa bekerja keras untuk memperkanalkan Amanah.

"Atas beberapa halangan itu kita berupaya mendapat undi dan undi 4,883 itulah undi Pakatan Harapan setelah tidak ada lagi Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan prestasi ini Amanah berasa kita telah mencapai keputusan yang amat membanggakan kami. Dalam keadaan yang begitu sukar kita telah berjaya untuk mendapatkan undi yang sebenarnya undi Pakatan Harapan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Mastura meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).

Menurut Salahuddin, pencapaian Amanah itu merupakan kayu ukur untuk Pakatan Harapan menyertai pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan yang kuat.

"Ini isyarat jelas yang kita berikan sebagai menghadapi PRU yang akan datang.

"Secara keseluruhannya penyertaan Amanah dibantu sepenuhnya oleh Pakatan Harpaan menjadikan ia begitu penting sehingga kita dapat muncul sebagai parti baru yang tidak boleh dipermainkan.

"Kita mendapat undi yang meyakinkan dan ini satu petanda bahawa rakyat mahukan suatu gabungan pakatan yang benar-benar boleh berhadapan dengan BN dalam PRU akan datang," katanya.

Sementara itu beliau berkata faktor pengundi luar turut mempengaruhi keputusan pada hari ini.

"Antara faktor yang mempengaruhi keputusan pada hari ini ialah jumlah keluar mengundi yang rendah 71 peratus berbanding 84.5 dalam PRU dahulu. Ini adalah kerana pengudi yang berada di luar Kuala Kangsar tidak pulang pengundi.

"Lebih 300 pengundi DAP dipindah ke Padang Rengas dan pengundi muda tidak pulang kerana memikirkan mereka harus pulang untuk berhari raya dua minggu dari sekarang. Ini semua faktor yang mempengaruhi," katanya.

SPR memaklumkan, jumlah peratusan pengundian di PRK Parlimen Kuala Kangsar hanya mencatatkan 71 peratus berbanding sasaran SPR sebanyak 75 peratus.

Salahuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Ahmad Termizi yang sanggup mewakili Amanah dan Pakatan Harapan dan telah memberikan usaha yang maksimum.

"Terima kasih kepada Dr Ahmad Termizi yang sudi menjadi calon, pertama kali menjadi calon dan beliau sangat diminati cuma undi sahaja belum cukup," katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Ahmad Termizi, Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN menang dengan majoriti 9,191 undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar. Calon BN meraih 16800‎ undi manakala Amanah memperoleh 7,609 undi dan Pas (6,902 undi).

ULASAN GB

AMANAH tewas di kedua-dua PKR dengan salah satunya iaitu di Sungai Besar, undi AMANAH melebihi PAS.

Dengan usianya yang hanya baru 7-8 bulan tetapi telah berjaya menyaingi PAS adalah satu yang membanggakan.

Jika dilihat kepada perbandingan jumlah undi yang diperolehi oleh PAS pada PRK semalam dan PRU 13. kita akan dapati PAS kehilangan undi yang begitu ketara.

SUNGAI BESAR:

PRU13 = 18,296
PRK = 6,902
Merosot = 11,394 (62%)

KUALA KANGSAR

PRU13 = 13,136
PRK = 5,684
Merosot = 7,452 (57%)

Begitulah lebih kurang pola undi yang akan diperolehi oleh PAS di dalam PRU14 jika bertanding sendirian, iaitu akan kehilangan 50%-70% undi yang diperoleghi pada PRU13.

Ia juga mengesahkan FAKTA bahawa mereka yang mengundi PAS pada PRU13 adalah dari pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat yang kini telah digantikan dengan Pakatan Harapan.

Ada pihak PAS yang berhujjah, "dengan sendirian pun kami mampu memperolehi jumlah undi yang besar, tidak seperti AMANAH yang didokong secara bersama oleh PKR dan DAP.:

Betul, tetapi kita menyertai pilihanraya untuk menjadi kerajaan. Justeru bukan faktor "kuat sendiri" yang perlu menjadi ukuran. Yang penting di dalam sistem demokrasi berparlimen ialah berapa undi yang diperolehi setiap parti. Jika itu diabaikan lebih baik usah jadi parti politik dan usah masuk bertanding jika hanya ingin menjadi pengacau di medan itu.

Di dalam PRN Sarawak yang lalu, khususnya di Beting Maro yang mana AMANAH telah bertemu dengan PAS, AMANAH kurang diterima oleh masyarakat Sarawak sehinggakan calonnya hilang deposit di sana.

Sejak itu beberapa orang cybertrooper PAS mencanangkan AMANAH juga akan hilang deposit di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Namun apa yang berlaku undi PAS yang merosot dan AMANAH ke hadapan sebagai parti yang menggantikan PAS bersama-sama dengan rakan-rakan lain di dalam PH. AMANAH masih ada ruang untuk maju jauh ke hadapan kerana ia parti baharu yang memerlukan masa untuk lebih dikenali oleh sekalian rakyat Malaysia.

Di dalam politik, kita perlu bersikap realistik.

PAS perlu banyak bermuhasabah dengan apa yang diperolehi di dalam 2 PRK semalam.

Yang jelas, ialah "kerjasama" dengan UMNO yang diproklamirkan jelas sekali memberi keuntungan yang besar kepada BN, sekurang-kurangnya dari sudut politiknya.

Sedangkan PAS bukan sahaja rugi dari sudut politik, malah rancangannya agar usulnya diterima oleh UMNO BN juga tidak kesampaian. Yang jelas, Najib berjaya menjadikan PAS sebagai alat untuk mengkoyak-rabakkan Pakatan Rakyat.

AMANAH semakin dikenali, walaupun kalah namun maruahnya tidak hilang semalam. Parti oren itu semakin dikenali dan diterima sebagai pengganti PAS.

Bercakap mengenai PRU14 pula, keputusan semalam sepatutnya membuka mata semua pimpinan Pakatan Harapan juga agar mencari jalan terbaik bagi mempastikan tragedi semalam tidak berulang.

Jika PAS ingin kekal dengan Blok Ketiganya, tiada masalah. Tetapi PH dan Blok Ketiga perlu duduk bersama membincangkan strategi untuk pastikan BN ditumbangkan.

[TERKINI] Keputusan PRK Sudah Mula Keluar

Posted: 18 Jun 2016 01:30 PM PDT

Bagi Sg Besar peratusan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang (tutup) sebanyak 74 peratus. Ini tidak termasuk undi awal dan undi pos.

Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, peratusan keluar mengundi sebanyak 88 peratus. Keputusan muktamad dijangka diperolehi jam 10 malam nanti.

Sementara di Kuala Kangsar peratusan keluar mengundi sehingga jam 5.00 petang (tutup) sebanyak 71 peratus. Ini tidak termasuk undi awal dan undi pos.


Dalam pilihan raya umum 2013 lalu, peratusan keluar mengundi sebanyak 84.1 peratus.

KEPUTUSAN TERKINI
Sila refresh setiap 10-15 minit untuk keputusan terbaru

9.55 pm


10.10 pm


9.25 pm


9.10 pm


8.35 pm


8.15 pm


8.05 pm


8.10 pm


7.42 pm


7.35 pm


7.30 pm



7.15 pm


7.05 pm


7.05 pm


ULASAN GB: Daripada keputusan yang ada, jelas menunjukkan undi parti pembangkang telah berpecah. Di kedua-dua PRK, jika dicampurkan AMANAH dan PAS, jumlah undinya sudah dapat mengatasi BN.

Benarlah seperti kata Prof Dr. Muhammad Agus, "UNDI PAS MEMBAZIR"

7.00 pm


6.50 pm


6.40 pm


6.30 pm

AMANAH di tempat kedua, kejar BN

6.30: AMANAH terus jarakkan diri daripada PAS dan mengejar di belakang BN.

SUNGAI BESAR
BN 1638
PAS 430
AMANAH 972

KUALA KANGSAR
BN 1067
PAS 309

AMANAH 797

BEBAS 8


6.10pm Kiraan awal mendapati BN mendahului di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

SG BESAR BN: 502 PAS: 184 AMANAH: 391

KUALA KANGSAR BN: 289 PAS: 98 AMANAH: 92 BEBAS: 4



from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1WVW0Qr
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.