Ustaz Moden's Weblog
Ustaz Moden's Weblog |
Kronologi Mubahalah Ustaz Abu Syafiq (UAS) dan Dr Rozaimi Ramli (RORA) Posted: 18 Jun 2016 09:04 PM PDT As Abu Syafiq(rasyid Alwi): 1. Ada orang bertanya soalan kepada UAS kenapa jemput RORA bermubahalah? sedangkan kata mereka UAS tidak terlibat yang terlibat ialah ARG (Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group) ? 2. Jawapan saya, ARG merupakan sebuah pertubuhan, RORA pula merupakan seorang INDIVIDU, kurang adil dan waras sebuah pertubuhan mahu bermubahalah dengan seorang individu. 3. Ketika video diskusi RORA di sebuah masjid. Saya telah menegur beliau dgn baik dan bahasa yg saya guna juga baik agar RORA tidak terasa apa2 yg tidak sepatutnya.Teguran saya ketika itu pada fakta tidak tepat yg diberikan berkaitan sahabat Nabi. RORA akui kesalahannya itu dan mengumumkan kpd semua bhw dia bersalah. 4. Kemudian pada 14 Jun 16 RORA mengaitkan saya sebagai puak yg suka lari dan mengatakan org yg suka lari ini org yg biasanya dalam kebatilan. 5. Setelah bertubi-tubi di tuduh oleh RORA secara jelas saya pun mengambil inisiatif untuk menawarkan sumpah laknat antara saya dgn RORA memandangkan RORA mengatakan sesiapa yg tidak mahu sumpah laknat sebagai penakut,bacul dan dalam kebatilan. Jadi pd kefahaman sy pastilah RORA akan menerima dan hadir dlm sesi mubahalah ini kerana jika tidak dia seolah-olah menjilat ludahnya sendiri. 6. RORA pada awalnya berdolak dalik dan menghina saya sebagai orang sakit jiwa dan gila di bulan mulia Ramadhan ini rujuk:http://ift.tt/1WVVi5G 7. Setelah RORA menghina saya, mungkin akibat tekanan dari masyarakat menyebabkan RORA membuat u-turn dgn update statusnya di fb beliau bahawa setuju terima utk bermubahalah dgn syarat temanya akidah Ibn Qayyim Al-Jauziyah. Saya gembira dgn pendirian RORA ini namun dia dgn sendirinya menulis lafaz mubahalah saya dgn memasukkan perkataan “mati kafir”, ini bukan saya sendiri yg letak sbg lafaz mubahalah dan sy tidak setuju lafaz masukkan perkataan “mati kafir” kerana saya tidak pernah kata pasal mati kafir atau tidak dalam hal tersebut. 8. Namun begitu, saya mengatakan boleh berbincang nanti di masjid lafaz yg sepatutnya namun saya setuju dgn permintaan RORA temanya akidah ibn qayyim dan oleh kerana RORA yg ,memilih tema dan terima tawaran mubahalah ini sy pun dgn susah payahnya berangkat dari pahang ke putrajaya utk menegakkan kebenaran. 9. Akhirnya sy kecewa setelah sy hadir dari jauh namun RORA tidak hadir walaupun dia sudah terima dan cadangkan sendiri tema mubahalah seputar akidah ibn qayyim. masyarakat dan pembaca sekelian menjadi saksi semalam merupakan sejarah yg telah tercatit bahawa RORA terima tawaran mubahalah dan meletakkan tema akidah ibn qayyim namun TIDAK HADIR. 10. Kepada Allah kita berserah dan nilailah sendiri bagaimana keberanian mereka. * Saya juga akan terus meneruskan usaha utk Diskusi dan Mubahalah ini dengan mereka walaupun mereka kerap sangat lari saya sedia mengejar krn prinsip saya Diskusi itu bukan utk kalahkan atau tunjuk menang tetapi demi mengilap kebenaran dan mencari kesatuan. Ustaz Abu Syafiq |
You are subscribed to email updates from Ustaz Moden’s Weblog. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. |
Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
from BLOG - BLOG PRO POLITIK http://ift.tt/1rvqzOY
Berita Politik Tempatan Gidei-Giyen-Ginan
Post a Comment