Hi! Welcome Back and Stay Tune! All-In-One System Rescue Toolkit – Koleksi Perisian Untuk Membantu Anda Membaiki Sistem Komputer - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

All-In-One System Rescue Toolkit – Koleksi Perisian Untuk Membantu Anda Membaiki Sistem Komputer

Bagi anda yang sering membaiki sistem komputer, terutamanya Windows, mungkin anda kenali pelbagai perisian yang membantu memudahkan proses berkenaan. Terkini, dalam usaha terus membantu juruteknik dan mereka yang terlibat dalamm membaiki sistem komputer, salah satu koleksi perisian yang mungkin membantu anda adalah All In One System Rescue Toolkit.

All In One System Rescue Toolkit hadir dalam dua bahagian, yang mana boleh dijalankan terus pada sistem Windows, ataupun diboot untuk mengakses kepada lebih pilihan.

AIO SRT

Bahagian yang boleh dijalankan pada Windows sendiri hadir dengan pelbagai perisian yang membantu anda menguji, menyemak dan membaiki sejumlah besar masalah Windows – termasuk berkaitan rangkaian dan juga sekuriti. Disamping itu, pengguna turut boleh mengakses ke GParted, CloneZilla, Terminal dan sebagainya dengan boot ke All In One System Rescue Toolkit ini.

All In One System Rescue Toolkit ini bersaiz sebesar 682MB, dan pengguna perlu memasangnya pada USB atau CD terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak koleksi perisian yang disertakan pada All In One System Rescue Toolkit ini, dan turut memuat-turunnya secara percuma hari ini melalui laman rasmi perisian tersebut.

Muat-Turun All-In-One System Rescue Toolkit






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1Xxsq3J

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.